Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps.
Bila tengok ruangan komen ramai yang bertanyakan soalan. Jadi siapa yang tertanya-tanya jugak maka saya tuliskan post untuk kali ni.
FARMASI UiTM
Saya nak tnya ,degree farmasi uitm kan ada iv.selalunya soalan apa yg ditanya ya ?Disebabkan batch akak hanya second intake sahaja ada yang ada interview jadi akak share pengalaman kawan akak. Awak boleh cari daripada blog lain kot sebab dah ada batch baru yang buat. Kalau akak free akak tanya junior akak macam mana. Klik sini untuk Pengalaman Interview Farmasi.
yg prp license tu memang kat hospital je ke ? Klau mcm kat company pharmacy boleh ke kerja untk dapatkn license tu? And kt situ pun dah saturated ke?Sekarang boleh. Dah ada list company kita boleh buat PRP. Antaranya community pharmacy, hospital Swasta, industry and Hospital kerajaan. Klik sini
Akak punya pointer dulu tu kira berdasarkan 3 subjek terbaik ke?Tak. Dia amek 4 subjek.
Still kena compete. Kena kumpul kupon Kalau tak jadi badan beruniform atau MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) atau JPK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej)
nak tanya pasal penempatan,still kena compete ke kalau nak duduk dalam kolej?
Saye tak minat sngat dgn kimia boleh ke faham farmasi ni?Kena minat kimia. Sebab farmasi semua pasal kimia sampai nak muntah.
Untuk farmasi uitm ni,biasiswa dpt ke?nk mohon camne yer?Tak ada biasiswa. Boleh buat pinjaman PTPTN atau negeri. Kalau nak JPA kena guna result sem 1 make sure 3.50 atas lah.
Matrikulasi KPM
perlukah saya menerima tawaran matrikulasi dahulu sebelum memohon pertukaran? berapa lama masa diambil untuk membuat pertukaran? adakah saya perlu mendaftar dahulu di kolej yang telah diberi?Terima sahaja tawaran. Waktu akak dulu time MPPB. Ya, daftar di kolej yang ditawarkan.
saya dh buat rayuan, tpi mcm mna nak tahu keputusannya?Sila update dengan KPM. Time akak dia hantar pos laju. Tapi akak dapat tahu awal bila akak call direct terus putrajaya and mintak pihak sana hantar surat kelulusan tukar kolej.
kalau nak tukar kolej, walk in pergi jabatan kat putrajaya terus boleh tak?Perlu tulis surat rasmi. Walk in untuk hantar surat rasmi boleh lah. Keputusan dimaklumkan kemudaian sebab perlu dibawa mesyuarat.
Klau dah masuk kolej boleh tak minta tukar?Boleh. Atas alasan munasabah.
ada x pelajar yg wat rayuan tukar lepas daftar? Kalau ada,lulus ke rayuan dia?Ada. Akak pun tak pasti sebab ada 3000 students kan.
kalau permohonan diluluskan, macam mana dgn bayaran pendaftaran? Kena bayar baru ke macam mana?Tak perlu. Sila daftar di kolej baru dengan gembira.
mcm mana kita nk tahu yang permohonan kita telah diluluskan .. Dan jika diluluskan bila kita boleh bertukar kolej ??Update dan secepat yang boleh. Yelah tukar kolej mesti nak cepat hahaha
MRSM KKB
Hai nak tanya kat situ (MRSM KKB) kan belajar kene guna komputer ke skrgTak guna
dia susun roomates macam mana?Ikut keluarga angkat
kalau tak selesa tinggal dengan roomates yang diaorang dah susun, boleh tukar tak?Tak boleh.
pernah tak ada kes hantu ke.. kena rasuk ke?Tipulah sekolah asrama tak ada. Ada.
belajar dari pukul berapa sampai pukul berapa? prep memang ada setiap malam ke?Ikut waktu prep belajar. Setiap malam kecuali Jumaat malam dan Sabtu Malam.
Boleh bawak lappy ke pergi mrsmkkb?Sepatutnya tak boleh... Tak tahu lah sekarang
Comments
terima kasih.