Skip to main content

Frequently Asked Questions. FAQs

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps.

Bila tengok ruangan komen ramai yang bertanyakan soalan. Jadi siapa yang tertanya-tanya jugak maka saya tuliskan post untuk kali ni.

FARMASI UiTM
Saya nak tnya ,degree farmasi uitm kan ada iv.selalunya soalan apa yg ditanya ya ?
Disebabkan batch akak hanya second intake sahaja ada yang ada interview jadi akak share pengalaman kawan akak. Awak boleh cari daripada blog lain kot sebab dah ada batch baru yang buat. Kalau akak free akak tanya junior akak macam mana. Klik sini untuk Pengalaman Interview Farmasi.

yg prp license tu memang kat hospital je ke ? Klau mcm kat company pharmacy boleh ke kerja untk dapatkn license tu? And kt situ pun dah saturated ke?
Sekarang boleh. Dah ada list company kita boleh buat PRP. Antaranya community pharmacy, hospital Swasta, industry and Hospital kerajaan. Klik sini


Akak punya pointer dulu tu kira berdasarkan 3 subjek terbaik ke?
Tak. Dia amek 4 subjek.


  
nak tanya pasal penempatan,still kena compete ke kalau nak duduk dalam kolej?
Still kena compete. Kena kumpul kupon Kalau tak jadi badan beruniform atau MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) atau JPK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej)


Saye tak minat sngat dgn kimia boleh ke faham farmasi ni?
 Kena minat kimia. Sebab farmasi semua pasal kimia sampai nak muntah.


Untuk farmasi uitm ni,biasiswa dpt ke?nk mohon camne yer?
Tak ada biasiswa. Boleh buat pinjaman PTPTN atau negeri. Kalau nak JPA kena guna result sem 1 make sure 3.50 atas lah.


Matrikulasi KPM


perlukah saya menerima tawaran matrikulasi dahulu sebelum memohon pertukaran? berapa lama masa diambil untuk membuat pertukaran? adakah saya perlu mendaftar dahulu di kolej yang telah diberi?
Terima sahaja tawaran. Waktu akak dulu time MPPB. Ya, daftar di kolej yang ditawarkan.


saya dh buat rayuan, tpi mcm mna nak tahu keputusannya?
Sila update dengan KPM. Time akak dia hantar pos laju. Tapi akak dapat tahu awal bila akak call direct terus putrajaya and mintak pihak sana hantar surat kelulusan tukar kolej.


kalau nak tukar kolej, walk in pergi jabatan kat putrajaya terus boleh tak?
Perlu tulis surat rasmi. Walk in untuk hantar surat rasmi boleh lah. Keputusan dimaklumkan kemudaian sebab perlu dibawa mesyuarat.


Klau dah masuk kolej boleh tak minta tukar?
Boleh. Atas alasan munasabah.


ada x pelajar yg wat rayuan tukar lepas daftar? Kalau ada,lulus ke rayuan dia?
Ada. Akak pun tak pasti sebab ada 3000 students kan.


kalau permohonan diluluskan, macam mana dgn bayaran pendaftaran? Kena bayar baru ke macam mana?
Tak perlu. Sila daftar di kolej baru dengan gembira.


mcm mana kita nk tahu yang permohonan kita telah diluluskan .. Dan jika diluluskan bila kita boleh bertukar kolej ??
 Update dan secepat yang boleh. Yelah tukar kolej mesti nak cepat hahaha


MRSM KKB
Hai nak tanya kat situ (MRSM KKB) kan belajar kene guna komputer ke skrg
Tak guna


dia susun roomates macam mana?
 Ikut keluarga angkat


kalau tak selesa tinggal dengan roomates yang diaorang dah susun, boleh tukar tak?
Tak boleh.


pernah tak ada kes hantu ke.. kena rasuk ke?
Tipulah sekolah asrama tak ada. Ada.

belajar dari pukul berapa sampai pukul berapa? prep memang ada setiap malam ke?
Ikut waktu prep belajar. Setiap malam kecuali Jumaat malam dan Sabtu Malam.


Boleh bawak lappy ke pergi mrsmkkb?
Sepatutnya tak boleh... Tak tahu lah sekarang


Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum akak, tumpang tanya... Sebelum akak degree akak students kms kan hehe So, saya nak tanya kalau saya dapat 3.8 above boleh tak sambung farmasi macam akak? Akak dulu dapat berapa? :)
Miza said…
Waalaikumussalam. Sorry baru balas, janji 3.50 sn dia tengok iv semata. Result hanya passpord
dila said…
Assalamualaikum. Sis, saya baru nak masuk kms this june. But, saya xpasti nak pilih modul yg mana. I not interested on physic, but if i get modul 1, i have to study that subject. Physics kt matrik susah tak sis? And, how about science computer?
syafiqah desman said…
wahh akak lah yang saya cari cari ni heheh :)) btw, dulu matrik akak dapat berapa dan dia still tengok result spm jugak ke? hm sebab kaunselor tu kata based on result spm jugak. harap harap akak dapat reply cepat`

terima kasih.
Anonymous said…
Hi kak. Can i have your email? There's something important I wish to ask you.
Miza said…
mizahayani15@outlook.com
Miza said…
Sorry dik akak tak perasan pertanyaan awak ni. Jadi awak ambil apa ?
Miza said…
Aik? Awak cari cari? Cana tu? Haha. Matriks akak alhamdulillah 3 pointer hehe. Yup dia tengok spm
Me said…
slm, kak, nk tnye, ijazah farmasi schedule die pack tak?? klau kite nk buat part time job smpt takkk?? klau akak share jadual kls kat cni boleh takk??><
Miza said…
Wasalam. Pack ke tak ? Pack sangat sangat. Kenapa nak buat part time job dik ? Nak jadual ? Hm jadual nya tu akak simpan dah . Yg pasti kelas dari pagi sampai petang. Kelas start jam 8 habis jam 5 camtu
Unknown said…
Salam akak. Akak tahun berapa skrg? And akak ambil ptptn ke jpa?
Unknown said…
Salam akak. Akak tahun berapa skrg? And akak ambil ptptn ke jpa?
Anonymous said…
Klu mata saya sebelah tak nampak, boleh tak apply ijazah farmasi ni
Miza said…
Tak pasti lah pulak. Tapi mata sebelah ada lagi kan ? So boleh je . No limit rasanya
Unknown said…
as salam..akak nk tanya..berapa yuran pengajian untk ijazah sarjanah muda farmasi ye kak.?? sbb sya cari dkt laman web x jumpa :( ...
Miza said…
Sem 1 baya yuran lebih sikit lah. Tapi tak lebih rm800. Sem seterusnya bayar rm580

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM aka BPharm UiTM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps. I have request. For those yang berjaya dapat BPharm UiTM tahniah junior ! Please drop by my blog here CLICK HERE . For those yang reread balik blog ni please drop by my other post here. Hopefully membantu :) Study Tips For Student Student Farmasi Belajar Apa? FAQs For those yang berminat untuk sambung jurusan farmasi (terutama program Ijazah Farmasi), you may need to read this first. Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi  For those yang nak tengok list of training place for Provisional Registered Pharmacist (PRP), you may direct to this link. Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP) For those nak tahu apa budak farmasi belajar klik link ni Student farmasi belajar apa? For those yang nak tahu pengalaman saya dalam hospital attachment click here Pengalaman jadi Pelajar Farmasi Klinikal di Hospital Yang bawah ni pengalaman saya menjalan community attachment di retai

Pengalaman as pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu. Best ke masuk asrama ?

Assalamualaikum. Sekarang tarikh 7 Februari 2019. Umur saya pun dah 23 tahun. Kalau ikutkan, dah 6 tahun mungkin saya tinggalkan zaman sekolah. Btw saya SPM 2013. Post yang saya tulis ni semasa saya baru sahaja selesai menghabiskan zaman sekolah. Maybe tahun 2014. Ada yang request untuk update rujukan. So saya as alumni ANSARA MRSM KKB, sedia membantu hehehehe. Okay, sekarang anak muda ramai yang guna social media kan. Jadi kalau ada parents atau student yang nak tanya apa apa mungkin boleh ajukan pada mereka. Sebarang update terkini juga boleh anda rujuk pada social site MRSM KKB. Saya hanya mampu membantu setakat ini sahaja.  Facebook MRSM KKB Saya dah tengok twitter BWP MRSM KKB, seems like dah lama tak nampak dorang update. Last tweet pun Julai 2018. But maybe dia akan aktif balik ? Mungkin.. But usually I saw their BWP update on instagram. So, maybe insta might be useful? Twitter: https://twitter.com/salamsaudara Instagram: srckukuba_ I hope

Student farmasi belajar apa?

Selamat sejahtera dan Assalamualaikum wbt Hi semua. Surely, ramai yang melawat blog saya ni bercita-cita atau berminat atau nak tahu apa student farmasi belajar. Kalau ada yang tak tahu, Farmasi antara kursus perubatan yang paling pendek dan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan MBBS @ MD (orang kata medicine atau perubatan), pergigian (dentistry) dan veterinar. So kalau kita tengok jangka masa kursus ni selama 5 tahun untuk degree sarjana muda tapi Farmasi hanya 4 tahun sahaja. Tambahan pula gaji yang diberikan juga dikira tinggi dan paling tinggi mungkin? *eh Mungkin disebabkan industri farmaseutikal juga antara industri yang paling untung dan pesat (no 2 dlm dunia), sebab tu profesion sebagai ahli farmasi ni sangat penting dan lumayan. Surely I would say, siapa yang masuk farmasi ni jenis materialistik hahahahahahanat. Okay sejujurnya, aku ni jenis materialistik. Lagi satu, ada hikmah aku tak masuk medik atau dentistry atau veterinar sebab baru tahun ni aku tahu