Skip to main content

Contoh surat Rayuan pertukaran Kolej Matrikulasi

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps.



Okay, sebelum aku masuk Matriks selangor, aku ditawarkan matriks Johor. So, camna tukar ? cara tukar matrikulasi ? Mestilah dengan cara buat surat rayuan tukar.

Okay, kalau nak berjaya tukar kolej. Jangan call matriks sendiri. Contoh nya kamu dapat matriks selangor. Then nak tukar kolej. Jangan rujuk pada kolej matriks. Sebab konfem jawapan dorang bagi.

 "Maaf, tak boleh tukar kolej. Keputusan adalah muktamad."

So, apa yang perlu kamu buat. Sila buat panggilan pada bahagian pengambilan pelajar matrikulasi KPM kat Putrajaya. Cakap saya sekian sekian sekian nak buat rayuan tukar kolej. Then nanti penjawab panggilan suruh buat surat rayuan UNTUK PENGETAHUAN encik sekian sekian sekian.

Then boleh mula buat surat ! Kat sini saya sertakan contoh sekali

SURAT RASMI RAYUAN (Jangan tulis ni plak)

NAMA (HURUF BESAR)
...........................................................
...........................................................
...........................................................         (Alamat Emel: example@gmail.com No TEL: 012-345 6789  / 03 60XXXXXX)
_____________________________________________________________________________
Rujukan Tuan: KP(BM) 05/005/001(23656) Tarikh: 24 April 2014//24 Jamadil Akhir 1435 H

14 hb Mei 2014

Pengarah,
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 6-7, Blok E15,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.                                                                     
(UP: En. Hasidan Bin Hussin)                                                                               

Tuan/Puan,

PER: Rayuan Pertukaran Penempatan Calon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dari Kolej Matrikulasi Johor ke Kolej Matrikulasi Selangor Sesi 2014/2015

Nama: Nama Penuh (No K/P: 960415-14-XXXX)

Merujuk perkara di atas, saya merayu kepada pihak tuan/puan bagi mempertimbangkan pertukaran penempatan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2014/2015 dari Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) ke Kolej Matrikulasi Selangor (KMS).

2.         Rayuan ini dibuat adalah disebabkan perkara-perkara berikut:
            i.          Temu janji Doktor Ortodontik bagi rawatan setiap bulan
            ii.         Temu janji diadakan pada setiap hari Isnin petang untuk setiap pertemuan.
            iii.        Temu janji diadakan bertempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

3.         Bersama-sama ini saya sertakan salinan kad dan surat rawatan yang sedang dijalani di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada lampiran sebagai rujukan tuan/puan.

4.         Akhir sekali saya amat berharap agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan ini dan segala kerjasama yang diberikan amat dihargai. Atas pertimbangan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Berharap,


...................................................
(NAMA PENUH HURUF BESAR)

Okay, lepas dah print surat. Boleh mula menghantar surat pada bahagian matrikulasi di Putrajaya. hopefully membantu ! :)

Comments

Elle Espinosa said…
hi kak, nak tanya. perlukah saya menerima tawaran matrikulasi dahulu sebelum memohon pertukaran? berapa lama masa diambil untuk membuat pertukaran? adakah saya perlu mendaftar dahulu di kolej yang telah diberi?
Miza said…
Terima dahulu. Pertukaran tade masalah
Anonymous said…
sy nk tukar dr matrik kedah kpd pahang.. agak2 alasan apa yg boleh sy buat ya?? harap sgt dpt matrik pahang.
Miza said…
Saya pun tak tahu lah. Tape awak duduk negeri lain pun best haha
Anonymous said…
Maaf kak, saya dh buat rayuan, tpi mcm mna nak tahu keputusannya?
Miza said…
Awak update dengan kpm. Try call dorang tanya cana dengan permohonan. Sepatutnya dh settle dh
Kak . Saya pon ada appointment orto .. Tp nurse tu kata boleh transfer cuma nya kat kmpp tu saya xde waris yg boleh bawa tp klau kat perak atau negeri sembilan saya ada waris ... Tp tmpoh daftar tinggal 4 hari sempat ke saya fax atau hantar ...
Miza said…
Cinta dari Allah, awak dah call KPM ? Tanya mereka macam mana nak hantar surat semua. Hm btw tinggal 4 hari ? awak panggilan kedua ke ?
Syakila said…
Kak, kalau nak tukar kolej, walk in pergi jabatan kat putrajaya terus boleh tak? Agak2 bila eh boleh tau keputusan? Saya daftar 4 hari lagi
Miza said…
Still kena buat surat and hantar kat putrajaya
Namtae said…
Klau dah masuk kolej boleh tak minta tukar?
Namtae said…
This comment has been removed by the author.
Miza said…
Boleh. Atas alasan munasabah
unknown said…
Salam..time akak dulu ada x pelajar yg wat rayuan tukar lepas daftar? Kalau ada,lulus ke rayuan dia? Saya dah daftar ni n ada wat rayuan tukar kolej,tengah tunggu result, cume risau x lulus je rayuan tu..
unknown said…
Lagi satu,yg akak kata alasan munasabah tu cane ye? Kalau masalah kos,jarak,n pengangkutan boleh x? Trimas..
Miza said…
Wasalam. Ada je. Tade masalah pun act tapi naj tukar kalau dah daftar tu selalu akak dengar sem depannya. Alasan tu tak sure lah awak. Kalau macam ada masalah dari segi kesihatan nak kena ulaang alik boleh lah. Awak duduk mana and dapat kolej mana?
Miza said…
Wasalam. Ada je. Tade masalah pun act tapi naj tukar kalau dah daftar tu selalu akak dengar sem depannya. Alasan tu tak sure lah awak. Kalau macam ada masalah dari segi kesihatan nak kena ulaang alik boleh lah. Awak duduk mana and dapat kolej mana?
unknown said…
Salam,akak saya dari melaka tapi dpt kat mtrks slangor :-( ,sory lmbt reply.. Alasan saya sebab jauh, kos tinggi(tambang bus n tol),ada penyakit lelah,dan masalah pengangkutan..saya ada kata yg ayah saya pesara..so susah la bab kos ni.. Biasanye bdak2 yg wat rayuan tukar lpas daftar ni akan lulus ke?? Tqvm akak.. :-)
Miza said…
Awak lelah yang kena selalu ulang alik hospital ke? Kalau ulang hospital mesti dapat tukar. Tak apa lah try je hantar mungkin dapat tukar. Akak pun tak nak janji apa apa. Akak pun tak sure lah awak. Kalau dapat tukar pun selalu sem 2
unknown said…
Oh yelah kan..saya faham.. Pape pun tqvm akak..smoga brjaya yea! ;-)
Hi said…
Akak, kalau permohonan diluluskan, macam mana dgn bayaran pendaftaran? Kena bayar baru ke macam mana?
Miza said…
Hai hamba Allah. Sorry akak baru reply. baru habis final. Bayaran pendaftaran tak perlu buat baru.
Firdausfadir said…
Assalamualaikum akak.. Tumpang tnya mcm mana kita nk tahu yang permohonan kita telah diluluskan .. Dan jika diluluskan bila kita boleh bertukar kolej ?? Thank you akak
Miza said…
Wasalam. Nanti dia akan bagi surat. Kalau nak tahu perkembangan boleh kol direct pada kpm putrajaya. Tukar kolej tak sure lah. Time akak waktu sem 2. Tak sure lah boleh tukar awal ke tak
aina said…
Akak...alasan apa lgi yg boleh diterima selain kne ulang alik jumpa doc? Kalau alasan kos tinggi, xde pengangkutan or xde sdara mara kat sana kalau ada emergency boleh pakai tak?
Anonymous said…
Akak...biasanye keputusan rayuan pertukaran kolej matriks ni dpt thu sblm atau slps trikh dftr msuk matriks
Unknown said…
assalamualaikum saya dah terima tawaran sebelum menghantar rayuan untuk tukar tempat..x pe ke kalau macam tu? terima kasih
Unknown said…
Kak nak hntr surat ni ke alamat kpm Putrajaya tu ye?
Miza said…
Aah. Seeloknya by hand
Miza said…
Tak sure haha
Unknown said…
Salam.. Nk tnye.. Lme mne mse di ambil nk thu pmohonn kita trima atau tdk?
Unknown said…
Salam..nak tanya, bila rayuan akak diterima, akak terus masuk matrik yang akak mohon tu atau sem seterusnya baru akak tukar kolej matrik??
S said…
Selalunya permohanan pertukaran kolej yang dah berjaya pihak matriks akan lepaskan kita time sem 2 ke? Thanks :)
Miza said…
Sekejap je rasanya. Yang penting kena update
Miza said…
Wasalam. Terus masuk
Miza said…
Selalu nya saya perasan dorang pindah time sem 2. Tapi ada je yg pindah waktu sem 1
aliah alwa said…
Assalam. Mcm mna pula kalau bru nk buat permohonan tukar matriks semasa sem 2?
:-)
Anonymous said…
Assalam akak,kalau Kita terus hantar Surat Tak call kpm putrajaya takpe kak,wasalam
T said…
Kakak klu surat rawatan drpd klinik swasta rasanya boleh diterima tak?
Anonymous said…
salam akak..up tu ape?
Unknown said…
Salam kak. Yang 03 06xxxxx tu apa ? And up tu apa ye ?
Unknown said…
Kak. Kalau surat rawatan dr klinik swasta boleh tak? Tapi masalahnya klinik tu pn ada cawangan berdekatan dengan matrik tu
Unknown said…
Assalamualaikum, tumpang tanya kita hantar surat tu sekali dgn bukti ke sbg contoh surat dari doktor. Harap akak boleh reply secepat mungkin ya.
Miza said…
Wasalam. Saya call putrajaya sb nak tahu nak hantar untuk tahu siapa yg in charge. So bila tulis surat tambah (u/p: abu bin daus) u/p - untuk pengetahuan

Im not sure kalau hantar terus shj..
Miza said…
Wasalam. Boleh. Sb akak dulu pun surat daripada pusat perubatan UM
Miza said…
Wasalam. (u/p: abu bin daus)
u/p - untuk pengetahuan
Miza said…
No tel rumah
U/p - untuk pengetahuan
Miza said…
Wasalam. Haah wajib hantar dengan bukti
Anonymous said…
assalamualaikum kak, kita kena berhubung dgn kpm or kpt? sebab time tu saya call dia kata nak bercakap dgn kpm or kpt?
Unknown said…
Assalamualaikum, saya dah telefon telefon pihak matrikulasi di KPM. Dia kata memang tak boleh tukar melainkan sebab daripada penyakit kronik dan tukar subjek. Saya bagi alasan ada appointment dengan pakar ortodontik juga. Dia kata tu bukan kronik. Tapi saya tetap buat surat rayuan. Harap2 berjaya lah. Kemasukan adalah pada 23/5. Harap2 lulus dan sempat ke tak ?

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM aka BPharm UiTM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps. I have request. For those yang berjaya dapat BPharm UiTM tahniah junior ! Please drop by my blog here CLICK HERE . For those yang reread balik blog ni please drop by my other post here. Hopefully membantu :) Study Tips For Student Student Farmasi Belajar Apa? FAQs For those yang berminat untuk sambung jurusan farmasi (terutama program Ijazah Farmasi), you may need to read this first. Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi  For those yang nak tengok list of training place for Provisional Registered Pharmacist (PRP), you may direct to this link. Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP) For those nak tahu apa budak farmasi belajar klik link ni Student farmasi belajar apa? For those yang nak tahu pengalaman saya dalam hospital attachment click here Pengalaman jadi Pelajar Farmasi Klinikal di Hospital Yang bawah ni pengalaman saya menjalan community attachment di retai

Pengalaman as pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu. Best ke masuk asrama ?

Assalamualaikum. Sekarang tarikh 7 Februari 2019. Umur saya pun dah 23 tahun. Kalau ikutkan, dah 6 tahun mungkin saya tinggalkan zaman sekolah. Btw saya SPM 2013. Post yang saya tulis ni semasa saya baru sahaja selesai menghabiskan zaman sekolah. Maybe tahun 2014. Ada yang request untuk update rujukan. So saya as alumni ANSARA MRSM KKB, sedia membantu hehehehe. Okay, sekarang anak muda ramai yang guna social media kan. Jadi kalau ada parents atau student yang nak tanya apa apa mungkin boleh ajukan pada mereka. Sebarang update terkini juga boleh anda rujuk pada social site MRSM KKB. Saya hanya mampu membantu setakat ini sahaja.  Facebook MRSM KKB Saya dah tengok twitter BWP MRSM KKB, seems like dah lama tak nampak dorang update. Last tweet pun Julai 2018. But maybe dia akan aktif balik ? Mungkin.. But usually I saw their BWP update on instagram. So, maybe insta might be useful? Twitter: https://twitter.com/salamsaudara Instagram: srckukuba_ I hope

Student farmasi belajar apa?

Selamat sejahtera dan Assalamualaikum wbt Hi semua. Surely, ramai yang melawat blog saya ni bercita-cita atau berminat atau nak tahu apa student farmasi belajar. Kalau ada yang tak tahu, Farmasi antara kursus perubatan yang paling pendek dan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan MBBS @ MD (orang kata medicine atau perubatan), pergigian (dentistry) dan veterinar. So kalau kita tengok jangka masa kursus ni selama 5 tahun untuk degree sarjana muda tapi Farmasi hanya 4 tahun sahaja. Tambahan pula gaji yang diberikan juga dikira tinggi dan paling tinggi mungkin? *eh Mungkin disebabkan industri farmaseutikal juga antara industri yang paling untung dan pesat (no 2 dlm dunia), sebab tu profesion sebagai ahli farmasi ni sangat penting dan lumayan. Surely I would say, siapa yang masuk farmasi ni jenis materialistik hahahahahahanat. Okay sejujurnya, aku ni jenis materialistik. Lagi satu, ada hikmah aku tak masuk medik atau dentistry atau veterinar sebab baru tahun ni aku tahu