Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps.
Okay, sebelum aku masuk Matriks selangor, aku ditawarkan matriks Johor. So, camna tukar ? cara tukar matrikulasi ? Mestilah dengan cara buat surat rayuan tukar.
Okay, kalau nak berjaya tukar kolej. Jangan call matriks sendiri. Contoh nya kamu dapat matriks selangor. Then nak tukar kolej. Jangan rujuk pada kolej matriks. Sebab konfem jawapan dorang bagi.

"Maaf, tak boleh tukar kolej. Keputusan adalah muktamad."
So, apa yang perlu kamu buat. Sila buat panggilan pada bahagian pengambilan pelajar matrikulasi KPM kat Putrajaya. Cakap saya sekian sekian sekian nak buat rayuan tukar kolej. Then nanti penjawab panggilan suruh buat surat rayuan UNTUK PENGETAHUAN encik sekian sekian sekian.
Then boleh mula buat surat ! Kat sini saya sertakan contoh sekali
SURAT RASMI RAYUAN (Jangan tulis ni plak)
NAMA
(HURUF BESAR)
...........................................................
...........................................................
...........................................................
(Alamat Emel: example@gmail.com No TEL: 012-345
6789 / 03 60XXXXXX)
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
Rujukan
Tuan: KP(BM) 05/005/001(23656) Tarikh: 24 April 2014//24 Jamadil Akhir 1435 H
14
hb Mei 2014
Pengarah,
Bahagian
Matrikulasi,
Kementerian
Pelajaran Malaysia,
Aras
6-7, Blok E15,
Kompleks
Kerajaan Parcel E,
Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604
Putrajaya.
(UP: En. Hasidan Bin Hussin)
(UP: En. Hasidan Bin Hussin)
Tuan/Puan,
PER: Rayuan
Pertukaran Penempatan Calon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
dari Kolej Matrikulasi Johor ke Kolej Matrikulasi Selangor Sesi 2014/2015
Nama: Nama Penuh (No K/P: 960415-14-XXXX)
Merujuk
perkara di atas, saya merayu kepada pihak tuan/puan bagi mempertimbangkan
pertukaran penempatan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi
2014/2015 dari Kolej Matrikulasi Johor
(KMJ) ke Kolej Matrikulasi Selangor
(KMS).
2. Rayuan ini dibuat adalah disebabkan
perkara-perkara berikut:
i. Temu
janji Doktor Ortodontik bagi rawatan setiap bulan
ii. Temu
janji diadakan pada setiap hari Isnin petang untuk setiap pertemuan.
iii. Temu
janji diadakan bertempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
3. Bersama-sama ini saya sertakan salinan
kad dan surat rawatan yang sedang dijalani di Pusat Perubatan Universiti Malaya
pada lampiran sebagai rujukan tuan/puan.
4. Akhir sekali saya amat berharap agar
pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan ini dan segala
kerjasama yang diberikan amat dihargai. Atas pertimbangan tuan/puan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,
terima kasih.
Yang
Berharap,
...................................................
(NAMA
PENUH HURUF BESAR)
Okay, lepas dah print surat. Boleh mula menghantar surat pada bahagian matrikulasi di Putrajaya. hopefully membantu ! :)
Comments
:-)
Im not sure kalau hantar terus shj..
u/p - untuk pengetahuan
U/p - untuk pengetahuan