Assalamualaikum.
Sekarang tarikh 7 Februari 2019. Umur saya pun dah 23 tahun. Kalau ikutkan, dah 6 tahun mungkin saya tinggalkan zaman sekolah. Btw saya SPM 2013. Post yang saya tulis ni semasa saya baru sahaja selesai menghabiskan zaman sekolah. Maybe tahun 2014.
Ada yang request untuk update rujukan. So saya as alumni ANSARA MRSM KKB, sedia membantu hehehehe.
Sekarang tarikh 7 Februari 2019. Umur saya pun dah 23 tahun. Kalau ikutkan, dah 6 tahun mungkin saya tinggalkan zaman sekolah. Btw saya SPM 2013. Post yang saya tulis ni semasa saya baru sahaja selesai menghabiskan zaman sekolah. Maybe tahun 2014.
Ada yang request untuk update rujukan. So saya as alumni ANSARA MRSM KKB, sedia membantu hehehehe.
Okay, sekarang anak muda ramai yang guna social media kan. Jadi kalau ada parents atau student yang nak tanya apa apa mungkin boleh ajukan pada mereka. Sebarang update terkini juga boleh anda rujuk pada social site MRSM KKB. Saya hanya mampu membantu setakat ini sahaja.
Saya dah tengok twitter BWP MRSM KKB, seems like dah lama tak nampak dorang update. Last tweet pun Julai 2018. But maybe dia akan aktif balik ? Mungkin.. But usually I saw their BWP update on instagram. So, maybe insta might be useful?
Twitter: https://twitter.com/salamsaudara
Instagram: srckukuba_
I hope membantu lah. Congratulations adik adik yang berjaya masuk MRSM KKB.
Hope you don't mind my unmature writing in here. It's been so long since I wrote this post. Thank you for reading my blog.
Boleh baca post saya yang ini juga hehehe
*
*
*
*
*
Okay, untuk entri kali ni, aku nak cerita khas buat sesiapa yang rasa tetiba nak masuk asrama. Okay nanti kalau ada sesiapa yang search pasal asrama harap ada lah yang baca blog aku yang tak seberapa ni.
Okay memandangkan aku ni budak MRSM Kuala Kubu Bharu, so aku cerita pengalaman aku as budak asrama MRSM KKB ni lah.
Btw, MRSM KKB ni orang gelarkan as MRSM Kiri Kanan Bukit. Okay sumpah maktab *kitorang daks daks MRSM memang panggil maktab. high class gituww* aku cantik gylaaa scenery dia. Boleh dikatakan scenery dekat MRSM Kuala Kubu Bharu ni the best among the rest lah. Seriously, kalau tengok scenenry kat sini tenang je. Sekeliling maktab semua nya bukit bukau. Yelah dekat banjaran titiwangsa ennn. Ahaks xD
Err nampak tak pokok ru tu ? Tu pokok gunung kottt. Jarang jumpa en ? Ha kat MRSM KKB ni ada. Special en ?
Both are my teachers.
My roomateeee hee
Okay aku malas nak taip dalam blog ni saya saya dah. Aku je lah senang hahahahha.
Aku sekolah dekat MRSM KKB ni since aku form 1 sampaaaai form 5. Haa lama kan ?? haha tapi sumpah best. Macam macam adooo.
Dekat MRSM ni special tauuu. Kitorang ada sistem homeroom. Homeroom tu apa ? Homeroom tu kiranya keluarga angkat lah. Jadi penyelaras homeroom ni boleh jadi sama ada lelaki mahupun perempuan. Kalau penyelaras homeroom tu perempuan, maka kami memanggilnya mak homeroom. Kalau lelaki bapak homeroom hahahah. Waktu aku dulu dulu homeroom ni kelas beza beza just satu bilik je lah and satu rumah sukan. Tapi sekarang, kelas sama, rumah sukan sama, bilik sama. semua sama lahhh. So macam dah jadi satu puak pulak eh. Hahahah. Tapi yang best en, kalau dekat KKB ni semua unite gyla lah. Sebab dah satu kelas, satu rumet, semua sama memang unite dalam satu homeroom. Okay homeroom ni pun terbahagi kepada homeroom besar dan homeroom kecik * ni khas dekat MRSM KKB* Homeroom yang ada SAPPHIRE, RUBY, EMERALD dan TOPAZ.
So nanti ada homeroom kecik kecik ikut batch contoh form 1. 1 SAPPHIRE A, 1 SAPPHIRE B dan seterusnya. Kalau perasan homeroom tu ikut warna en ? So dia ikut rumah sukan lah tu. So korang takyah nanti pening pening nak ingat homeroom mana rumah sukan mana sebab semua sama. Tu pasal aku cakap unite gyla. Korang akan unite dengan semua batch kalau melibatkan homeroom besar. Sumpah best.
Okay tamat homeroom. Then bilik. Selalu dengar asrama ni double decker lah, duduk dalam dorm lah. Tapi dekat MRSM TAK TAK TAK. Kitorang macam Uni en. Kalau dekat MRSM KKB kitorang duduk dalam bilik. Satu bilik 4 orang.
Tapi aku takde plak gambar haahah. Sorry. Okay dalam bilik tu ada katil SINGLE, LOKER YANG BESAR DAN TINGGI, BILIK NOT BAD BESAR, SEJUK, KIPAS ADA DUA DALAM SATU BILIK. Haa best tak best tak ? Pastu ada meja study. Okay fyi, MRSM KKB tukar PERABUT BARU tahun 2013 so memang semua baru lah except meja. Tapi jangan risau meja tu okay jerp lagi. Haha. Tilam katil loker semua baru.
Then pergi ke Surau pulak. Kalau dekat MRSM ni en, memang sangat sangat pentingkan rohani. Khas buat MRSM KKB, Subuh, magrib dan isya' wajib jemaah di surau. Aktiviti apa yang ada, first eh, Subuh pukul 6 dah ada kat surau. Kalau gegirl memang dah terpacak ah kat surau. Kena halau oleh BWP-ians, LDP-ians dan BADAR-ians. Then azan subuh. Semua kena bangun buat solat sunat rawatib. Apa tu ? Solat sunat dua rakaat sebelum atau selepas solat fardhu. Then jemaah subuh. Kalau hari Jumaat special sikit, imam akan baca surah As-Sajjadah yang panjang gyla lebar tu hahaha. Then baca al ma'thurat. Then sarapan.
Time magrib isya pun lebih kurang. Tapi kitorang ada bacaan hadith sahih bukhari muslim. Pastu ada lah ceramah oleh pelajar pelajar atau pun bacaan al quran, atau yaasin, atau hafazan.
Cara pembelajaran ? Okay, aku tak tahu lah sekarang budak PBS + ICGSE ni macam mana. Tapi aku fokuskan pada upper form. Korang akan ada silibus sendiri. Ada certain subtopik form 5 belajar waktu form 4 dan sebaliknya. Tapi serious berkesan. Memang akan jadi lebih mudah faham. Untung tau masuk MRSM ni. Then korang akan disumbat sumbat dengan banyak gila module *khas buat form5* pastu kalau kat MRSM ni tak sah cuti tanpa assignment ! haha. Memang style universiti habis. Korang akan diperkenalkan dengan sistem GPA dan CGPA. Kalau dapat 3.5 above akan dapat penghormatan pengetua. Ala ala dekan gitu lah. Hahahha. Nanti 40% carry marks dan 60% from final semester. carry marks tu termasuk quiz, ujian dan assignment lah. Assignment dia amek 10%. So kalau nak dekan pastikan buat kedua duanya.
Jawatan yang ada? Okay time kat MRSM ni lah korang senang nak melibatkan diri dengan kepimpinan. Kumpulkan markah untuk KOKO! tu penting. Nanti nak mohon scholar pun senang. Okay kat MRSM ni ada jawatan BWP (Badan Wakil Pelajar), LDP (Lembaga Disiplin Pelajar- pengawas lah kiranya), BADAR (Badan Dakwah dan Rohani), PPSP (Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran), PRS (pembimbing Rakan Sebaya), ALK ( Ahli Lembaga Koperasi) dan tu je kot.. hahahaha banyak kot. Nama semua gempak gempak en.
Ni waktu aku form 3 dulu. Aku ALK hahaha. Yang baju oren striking. Yang baju putih tu LDP. Baju hitam purple tu PRS
Then kalau nak riadah pun boleh. Ada court petanque, tennis, basket, netball, badminton, bola, rugby, bola tampar, memanah, berkayak, best kan ? hahahah. Unit beruniform ada puteri islam, silat, taekwondo, pandu renjer puteri, bomba, kadet polis, pengakap, haaa. Semua nya aktif aktif belako. So takyah risau ye ? Kalau lelaki masuk lah pengakap sumpah best gyla banyak gila aktiviti. Kelab, memasak, kraf tangan, fotografi, pengguna, PUM, landskap, warisan, ELS, family harmony, bridget penyelamat sungai, dan macam macam. Sumpah banyak gila. Semua aktif aktif. Nak buat lawatan ke apa ke boleh, tapi dengan syarat buat kertas kerja ye ? Lagi lagi kalau form 4 ni memang busy. Sebab tu lah nama dia honeymoon year haha :D
Kelas? Okay dalam satu kelas tu ada 30 orang jer :D Dapat meja kecik tapi ada loker kat belakang kelas. Masuk MRSM takyah lagi bawak beg besar besar isi buku teks bagai tu. Semua bawak beg kempis then stail ala ala uni. Buku tinggalkan je kat kelas. Haha. Bila masuk MRSM ni terkenal dengan nota mind map tauuu. So nak buat nota senang gyla kalau guna mind map ni haha.
Bila korang naik upper form ni memang banyak tak dok dalam kelas. Sering merantau keluar. Pergi lab lah, pergi studio lah, pergi makmal komputer lah, pergi bilik kuliah lah. *especially MRSM KKB* so kelas tu selalu kosong ahhahahaha.
Cikgu cikgu ? Pehhh sumpah cikgu MRSM KKB the best gylaaaa lahhh. No doubt. haha. Untung masuk MRSM KKB. Mai lahhh :D
Program mentor mentee pun ada. Satu group dalam 5 orang termasuk ketua. Okay bila kat MRSM ni memang tak lari dari mentor mentee. Tapi kitorang guna nama lain. Kasi gempaq ah beb. Haha. Contoh waktu aku form 2 nama dia COS (Cream of student) nanti dia amek masa prep lah. So buat lah hang out semua. Mana yang pandai tu panggil ketua COS. Naik form 3 panggil YTT (Y T Square- Young Talented Tutor) Ketua nya kami panggil tutor. Naiik form 4 kitorang panggil apa entah lupa. Then naik form 5 kitorang panggil PFC (Peer Facilitator Class) Ketua kitorang panggil PF. So gempak en. Then untuk setiap subjek ada ketua PF dan assistant. Siap ada nametag kott. Dah ah lawa gilaaa. haha special kan MRSM. So siapa amek PMR SPM ni memang asyik dengan PFC lah. Semua dok kena hadap hangout yang berlambaaaaak. *especially kkb* sebab tu kkb ni gempak bila exam besar :3 *credit to teacher kkb*
Study week. Okay. Act kalau kat MRSM ni pun ada lah sikit sikit study week. tapi berapa hari je lah. Korang kena buat handout banyak. hm tu je lah. Macam Uni en ? yup.
Penghafalan surah Hafazan. Okay, kalau dekat MRSM korang semua wajib hafal surah hafazan. Kalau form 1,2 dan 3 kena hafal juzuk 30. So kiranya kalau korang masuk form 1 then bila dah form 3, in shaa Allah korang dah hafal dah juzuk 30. Form 4 kena hafal surah As-Sajjadah dan Al ikhsan. Form 5 hafal surah Yaasin dan Al-Mulk. Haa bagus kan ? Takyah sekolah maahad ke agama pun takpe. dah hafal banyak surah dah.Untung kannn ? So sila masuk MRSM. Nanti korang akan diberi buku hafazan warna biru harga RM2. Then tasmid pada ustaz dan ustazah.
Bahasa asing. Okay kalau dekat SBP kan ada belajar bahasa asing en ? Act MRSM KKB ada belajar bahasa asing gak. TAPI. Belajar bahasa arab je. Based on buku teks hahahahhaha. Itu pun waktu form 1 dan form 2. hahahhha.
Makanan ? Haaa. Korang jangan risau. Yuran makan ni murah je. Sebulan bayar RM60 dan dan dan dapat makan 5 kali sehari *kat MRSM KKB sebab kitorang tolak minum petang* Kalau kat KKB sumpah makanan dia thumbs up sedap. Sihat sihat je aku dulu hahahahahahahaha. Orang utara yang jadi tender so memang sedap :3 Dalam banyak banyak MRSM aku pergi, KKB still the best ah DS dia hahahhaha.
Aktiviti? Okay kalau korang masuk MRSM lah kan, actually jadual korang memang serious pack gyla babeng lagi lagi korang yang form 4. Aku tak tipu. korang ada je aktiviti yang join pastu nak kena handle event semua lah. MRSM ni well, macam universiti en, so ada macam macam aktiviti. Contohnya mencari bakat lah apa lah. Pastu malam cinta rasul. Pertandingan nasyid. Minggu aktiviti. Tuan rumah event. Minggu bahsa. Tunas saintis. Debat. jambori pengakap. Kor kadet polis. SIlat inter. Taekwondo inter. Peh pehhh. Sumpah best gylasss. Aku tak tipu ah.
Im his wife :')
Time ni program KIKS :')
Event hari guru. Pelamin kottt
Malam last before balik rumah. Esoknya exam bio kott hahahaha. Baju batch :') I miss them
Kem kepimpinan. Dah form 5 kottt
Ex classmate trip raya ke bangi :D
Hari last before balik
Kami masuk kuiz keusahawanan. SUmpah pffft. keluar soalan akaun.
3 gambar atas time ekspo keusahawanan kat MRSM Johor Bahru
Drama Patriotik :) form 4 2012
Time ni semua orang dah balik rumah hujung tahun kecuali kami hehe :p kerembankekita
Nampak yang I pegang tu ???
Minggu bahsa :) masuk drama fest time form 4
Kumpulan dramafest :')
Merantau sat ke Istana
Kem kepimpinan. time form5 kot
PUM permpuan :') banyak kenangan kot..
masuk catur bistari hihi
raya 2013
raya 2012
program PRS dengan sekolah luar. aku prs dan fasi :p
silat inter 2012 mrsm pengkalan hulu
silat inter 2013 mrsm transkrian
Adat melayu :')
UNGA !!!!!! Ni besttt. Kelas kitorang negara HOlland :D
Nampak kipas besar tu ? hheheehhe besar kottt
Negara Egypt
Pilihan raya Maktab. Haaa. Selalu dengar PRU kan ? Haaa kat MRSM pun ada. Ada manifesto lah apa lah. Pastu korang merasa since form 1 mengundi. Jadi pengundi. Pangkah pangkah bla bla bla. masuk dalam kotak. AHhahhahahaha. Macam Uni kan ? Macam dewasa kan ? hehe ikr.
Graduasi ? Kalau korang dapat above 2.00 CGPA dan lepas syarat syarat korang boleh grade :))) Sekarang DB ada air conddd,. So sejuk kot. Kitorang batch first yang rasmikan event event DB ber air cond so bangga :P hahah. Exam semua dekat DB sumpah pehhh best gilaaa. Jawab exam dalam air cond haha best kot :P
Aku akan kata lah, kat MRSM ni korang pun dah kena pandai survive. Belajar kat sana kena cepat pick up. Kalau tak paham tanya cikgu. tanya kawan. Jangan malu. Nanti tenggelam. Dengan aktiviti yang macam macam, so nak belajar tu pun jadi pendek masa dia. Yup. Memang haha.
Aku akan kata lah, kat MRSM ni korang pun dah kena pandai survive. Belajar kat sana kena cepat pick up. Kalau tak paham tanya cikgu. tanya kawan. Jangan malu. Nanti tenggelam. Dengan aktiviti yang macam macam, so nak belajar tu pun jadi pendek masa dia. Yup. Memang haha.
So apa lagii ? Nanti korang yang form 3 nak masuk MRSM pilih lah MRSM KKB as first choice tauuu :D Memang besttt. hehehee.
Dah habis baca? Boleh baca post saya yang ini ehhehehehe
Pengalaman Masuk MRSM
Dah habis baca? Boleh baca post saya yang ini ehhehehehe
Pengalaman Masuk MRSM
Comments
saya ada beberapa soalan.
1. dia susun roomates macam mana?
2. kalau tak selesa tinggal dengan roomates yang diaorang dah susun, boleh tukar tak?
3. boleh tak kalau malam ( dalam pukul 8 -9 ) atau sabtu ahad pergi bilik kawan?
4. rasanya, untuk murid murid tungkatan 1, bila waktu lapang diaorang?
5. pernah tak ada kes hantu ke.. kena rasuk ke?
1. Rumet waktu zaman akak, dia susun ikut homeroom. Rasanya still ikut homeroom.
2. Kalau tak suka tak boleh tukar. Rumet dah ditetapkan dan tak boleh tukar. Unless tetiba time pendaftarn anda satu satunya ahli bilik dalam tu, then mungkin dia akan pindahkan ke bilik yang masih ada kekosongan. Nasib lah dapat rumet tak pembersih ke kaki sepah ke hehe
3.lepas prep malam (pukul 11) boleh pergi bilik kawan. Tapi after light off or bacaan asmaul husna kena balik bilik. Tak boleh stay bilik kawan. Sabtu ahad boleh lagi. Tapi bila dah light off or asmaul husna kena duduk bilik sendiri dah.
4. Especially for mrsm kkb, Sekarang form 1 lain sikit jadual dia mungkin. Tak sure sangat. Sebab icgse. Dulu zaman kitorang form 1 lain. Waktu form 5 dulu, dah tak diwajibkan riadah petang. So akak consider waktu lapang korang lepas habis prep petang. Gap before magrib. So tu lah waktu lapang korang. And then sabtu ahad
5. Kes hantu tu ada. Tipulah sekolah asrama tade kan. Hahaha. Tapi akak okay je survive. Kalau ada dengar cerita hantu tu buat dek je. Tade pape. Just jangan nak cabar je lah 😄😄
Assalamualaikum kak!Boleh bawak lappy ke pergi mrsmkkb? Btw i'm gonna be your junior starting next week~ Nervous sikit sbb form 4 baru masuk ^^ dan juzuk 30 tu pon kena hafal sebelom masuk sana ke kak?
February 8, 2016 at 6:44 PM
Walaikumussalam adik hamizah. First of all, COngratulation :D Bagus dapat KKB, jaga MRSM KKB baik baik tau. Bawak atas tanggungan sendiri. Simpan dalam loker . Kalau kena curi sekolah tak bertanggungjawab. Sbab kat sana pun ada yang tangan panjang ;)
Kalau awak bukak guna lappy awak boleh tengok kat side bar kanan. Ada icon fb klik situ. Nanti direct terus ke fb akak 😊
Kak boleh x akk terangkan dengan lebih lanjut tentang tingkat 4 di blok akademik
Saya ni Pelajar form1 batch igcse.. Slalu dgr citer pasal floor 4..
Kak boleh x akk terangkan dengan lebih lanjut tentang tingkat 4 di blok akademik
Hai dik. Floor 4? Tak ada apa apa pun. Hanya lab semata mata
Nak masuk mrsm kkb kene interview ke? Macam mane interview dia..boleh terang kan ? (Pls reply), tq💜
Akak tak sure lah plak. rasanya tak ada. Buat ujian ja
Akak masuk KKB kena power bi ke.Takut lak.
ans: tak power opun tape kot lol
THIS IS SPECIFICALLY FOR FORM 1 BOYS
Mrsm kkb satu bilik 4 org.
Cth nya lah, dlm satu homeroom ada 5 perempuan. So 4 org dapat satu bilik, yang selebihnya bilik seterusnya.
Hardwork will pay off. Waktu zaman sekolah boleh study smart and study hard boleh straight As. Hahaha.
Syarat? Akak tak pasti skg. Tapi dapat 6As termasuk math dan sains selalu nya. Waktu zaman pmr lah. Then buat ujian . Akak ni zaman sebelum sebelum ni. So tak sure sangat sekarang qualification hehe sorry dik. InsyaAllah dikkk boleh survive. Akak yg tak pandai pun boleh survive hahaha
1-Duit belanja yg mak/ayah akk bagi berapa ringgit sebulan?
2-Camne akk agihkan duit setiap minggu??
3-Hujung minggu persekolahan ada ke bas MRSM bawa g jln² ke mcm nk gi beli brg² keperluan??
Harap akk dapat balas semua persoalan saya ni..insya-allah,saya akan jadi student MRSM Bentong bagi tahun 2018..tlg doakan saya dapat ye dan tlg jawab semua soalan saya ye..
1. Wajib ke budak perempuan islam pakai tudung?@ ade tak yg tak pkai tudung?
2. Blh tak bwk portable music player sbb die x dikire brg berharga
Assalammualaikum..Akk,nak minta no tel boleh sbb saya x on sangat FB..Klau boleh tlg balas ye soalan ni:
1-Duit belanja yg mak/ayah akk bagi berapa ringgit sebulan?
Errr akak tak ingat lah plak. dah berapa tahun dah akak tinggalkan sekolah. Usually akak selalu guna duit untuk beli roti atau jajan atau makanan kat kafe kalau malas turun dewan selera. haha sebulan rm50 ke rm100 kot entah lah akak lupa lahhh hahahaha. lagi pun DS ada makanan en hehe biasalah budak budak ni tak pernah rasa cukup
2-Camne akk agihkan duit setiap minggu??
akak selalu guna duit utk beli makanan tambahan sb weekend akak lapar tak cukup makan.nak beli jajan semua kat koop. so kalau rm50 tu bahagi 4 lah kottt.dlm seminggu akak belanja rm10.
3-Hujung minggu persekolahan ada ke bas MRSM bawa g jln² ke mcm nk gi beli brg² keperluan??
hm tak ingat lah. rasa macam tak ada. tapi akak ni berapa tahun lah tinggalkan sekolah so akak tak tahu perubahan apa skg ni mrsm kkb alami. dulu zaman kitorang nak outing kitorang tempah teksi luar ke prebet sapu. skg kan ada apps grab car semua so rasa macam takde masalah dah skg ennn.
Harap akk dapat balas semua persoalan saya ni..insya-allah,saya akan jadi student MRSM Bentong bagi tahun 2018..tlg doakan saya dapat ye dan tlg jawab semua soalan saya ye..
ouh lah mrsm bentong ke ingat kkb hahaha. akak tak tahu tempat lain tau. ni pun dah bertahun akak tinggalkan zaman sekolah hahaha
Hai kak, sya hrp akak blh jwb soalan sya, mdh je
1. Wajib ke budak perempuan islam pakai tudung?@ ade tak yg tak pkai tudung?
Wajib. semua pakai tudung.
2. Blh tak bwk portable music player sbb die x dikire brg berharga
Dulu kitorang bawak je. tapi atas tanggungan sendiri. hilang sekolah takkan bertanggungjawab
Assalammualaikum..Akk,nak minta no tel boleh sbb saya x on sangat FB..
answer: No tel? maybe you may contact me thru email. mizahayani15@gmail.com
I'm planning to apply for this IGCSE program by next year. In Sha Allah. skrg, saya bakal menduduki UPSR. Saya nk tanya, IGCSE ni susah, tak...? A big thanks.
Saya pasti... tulisan saudari banyak membantu parent yg bakal menghantar anak ke mrdm kkb.
Mohon Miza update / edit jika ada penambahan utk rujukan.
Sebagai gambaran asas suasana di kkb.
terims kasih
assalamualaikum akak ;) boleh tak share soalan yg keluar waktu kuiz keusahawanan dulu? saya nak tau sikit
Answer: Soalan keusahawanan tu hm akak lupa. Tapi banyak soalan akaun. Kalau budak akaun senang lah nak jawab. huhu