Skip to main content

Pengalaman as pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu. Best ke masuk asrama ?

Assalamualaikum.

Sekarang tarikh 7 Februari 2019. Umur saya pun dah 23 tahun. Kalau ikutkan, dah 6 tahun mungkin saya tinggalkan zaman sekolah. Btw saya SPM 2013. Post yang saya tulis ni semasa saya baru sahaja selesai menghabiskan zaman sekolah. Maybe tahun 2014.

Ada yang request untuk update rujukan. So saya as alumni ANSARA MRSM KKB, sedia membantu hehehehe.

Okay, sekarang anak muda ramai yang guna social media kan. Jadi kalau ada parents atau student yang nak tanya apa apa mungkin boleh ajukan pada mereka. Sebarang update terkini juga boleh anda rujuk pada social site MRSM KKB. Saya hanya mampu membantu setakat ini sahaja. 



Saya dah tengok twitter BWP MRSM KKB, seems like dah lama tak nampak dorang update. Last tweet pun Julai 2018. But maybe dia akan aktif balik ? Mungkin.. But usually I saw their BWP update on instagram. So, maybe insta might be useful?

Twitter: https://twitter.com/salamsaudara
Instagram: srckukuba_



I hope membantu lah. Congratulations adik adik yang berjaya masuk MRSM KKB. 

Hope you don't mind my unmature writing in here. It's been so long since I wrote this post. Thank you for reading my blog. 

Boleh baca post saya yang ini juga hehehe

*
*
*
*
*

Okay, untuk entri kali ni, aku nak cerita khas buat sesiapa yang rasa tetiba nak masuk asrama. Okay nanti kalau ada sesiapa yang search pasal asrama harap ada lah yang baca blog aku yang tak seberapa ni.

Okay memandangkan aku ni budak MRSM Kuala Kubu Bharu, so aku cerita pengalaman aku as budak asrama MRSM KKB ni lah.

Btw, MRSM KKB ni orang gelarkan as MRSM Kiri Kanan Bukit. Okay sumpah maktab *kitorang daks daks MRSM memang panggil maktab. high class gituww*  aku cantik gylaaa scenery dia. Boleh dikatakan scenery dekat MRSM Kuala Kubu Bharu ni the best among the rest lah. Seriously, kalau tengok scenenry kat sini tenang je. Sekeliling maktab semua nya bukit bukau. Yelah dekat banjaran titiwangsa ennn. Ahaks xD


Err nampak tak pokok ru tu ? Tu pokok gunung kottt. Jarang jumpa en ? Ha kat MRSM KKB ni ada. Special en ?


Both are my teachers. 

My roomateeee hee

Okay aku malas nak taip dalam blog ni saya saya dah. Aku je lah senang hahahahha.
Aku sekolah dekat MRSM KKB ni since aku form 1 sampaaaai form 5. Haa lama kan ?? haha tapi sumpah best. Macam macam adooo.

Dekat MRSM ni special tauuu. Kitorang ada sistem homeroom. Homeroom tu apa ? Homeroom tu kiranya keluarga angkat lah. Jadi penyelaras homeroom ni boleh jadi sama ada lelaki mahupun perempuan. Kalau penyelaras homeroom tu perempuan, maka kami memanggilnya mak homeroom. Kalau lelaki bapak homeroom hahahah. Waktu aku dulu dulu homeroom ni kelas beza beza just satu bilik je lah and satu rumah sukan. Tapi sekarang, kelas sama, rumah sukan sama, bilik sama. semua sama lahhh. So macam dah jadi satu puak pulak eh. Hahahah. Tapi yang best en, kalau dekat KKB ni semua unite gyla lah. Sebab dah satu kelas, satu rumet, semua sama memang unite dalam satu homeroom. Okay homeroom ni pun terbahagi kepada homeroom besar dan homeroom kecik * ni khas dekat MRSM KKB* Homeroom yang ada SAPPHIRE, RUBY, EMERALD dan TOPAZ.

So nanti ada homeroom kecik kecik ikut batch contoh form 1. 1 SAPPHIRE A, 1 SAPPHIRE B dan seterusnya. Kalau perasan homeroom tu ikut warna en ? So dia ikut rumah sukan lah tu. So korang takyah nanti pening pening nak ingat homeroom mana rumah sukan mana sebab semua sama. Tu pasal aku cakap unite gyla. Korang akan unite dengan semua batch kalau melibatkan homeroom besar. Sumpah best.

Okay tamat homeroom. Then bilik. Selalu dengar asrama ni double decker lah, duduk dalam dorm lah. Tapi dekat MRSM TAK TAK TAK. Kitorang macam Uni en. Kalau dekat MRSM KKB kitorang duduk dalam bilik. Satu bilik 4 orang. 

Tapi aku takde plak gambar haahah. Sorry. Okay dalam bilik tu ada katil SINGLE, LOKER YANG BESAR DAN TINGGI, BILIK NOT BAD BESAR, SEJUK, KIPAS ADA DUA DALAM SATU BILIK. Haa best tak best tak ? Pastu ada meja study. Okay fyi, MRSM KKB tukar PERABUT BARU tahun 2013 so memang semua baru lah except meja. Tapi jangan risau meja tu okay jerp lagi. Haha. Tilam katil loker semua baru.

Then pergi ke Surau pulak. Kalau dekat MRSM ni en, memang sangat sangat pentingkan rohani. Khas buat MRSM KKB, Subuh, magrib dan isya' wajib jemaah di surau. Aktiviti apa yang ada, first eh, Subuh pukul 6 dah ada kat surau. Kalau gegirl memang dah terpacak ah kat surau. Kena halau oleh BWP-ians, LDP-ians dan BADAR-ians.  Then azan subuh. Semua kena bangun buat solat sunat rawatib. Apa tu ? Solat sunat dua rakaat sebelum atau selepas solat fardhu. Then jemaah subuh. Kalau hari Jumaat special sikit, imam akan baca surah As-Sajjadah yang panjang gyla lebar tu hahaha. Then baca al ma'thurat. Then sarapan.

Time magrib isya pun lebih kurang. Tapi kitorang ada bacaan hadith sahih bukhari muslim. Pastu ada lah ceramah oleh pelajar pelajar atau pun bacaan al quran, atau yaasin, atau hafazan.

Cara pembelajaran ? Okay, aku tak tahu lah sekarang budak PBS + ICGSE ni macam mana. Tapi aku fokuskan pada upper form. Korang akan ada silibus sendiri. Ada certain subtopik form 5 belajar waktu form 4 dan sebaliknya. Tapi serious berkesan. Memang akan jadi lebih mudah faham. Untung tau masuk MRSM ni. Then korang akan disumbat sumbat dengan banyak gila module *khas buat form5* pastu kalau kat MRSM ni tak sah cuti tanpa assignment ! haha. Memang style universiti habis. Korang akan diperkenalkan dengan sistem GPA dan CGPA.  Kalau dapat 3.5 above akan dapat penghormatan pengetua. Ala ala dekan gitu lah. Hahahha. Nanti 40% carry marks dan 60% from final semester. carry marks tu termasuk quiz, ujian dan assignment lah. Assignment dia amek 10%. So kalau nak dekan pastikan buat kedua duanya.



Jawatan yang ada? Okay time kat MRSM ni lah korang senang nak melibatkan diri dengan kepimpinan. Kumpulkan markah untuk KOKO! tu penting. Nanti nak mohon scholar pun senang. Okay kat MRSM ni ada jawatan BWP (Badan Wakil Pelajar), LDP (Lembaga Disiplin Pelajar- pengawas lah kiranya), BADAR (Badan Dakwah dan Rohani), PPSP (Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran), PRS (pembimbing Rakan Sebaya), ALK ( Ahli Lembaga Koperasi) dan tu je kot.. hahahaha banyak kot. Nama semua gempak gempak en.

Ni waktu aku form 3 dulu. Aku ALK hahaha. Yang baju oren striking. Yang baju putih tu LDP. Baju hitam purple tu PRS

Then kalau nak riadah pun boleh. Ada court petanque, tennis, basket, netball, badminton, bola, rugby, bola tampar, memanah, berkayak, best kan ? hahahah. Unit beruniform ada puteri islam, silat, taekwondo, pandu renjer puteri, bomba, kadet polis, pengakap, haaa. Semua nya aktif aktif belako. So takyah risau ye ? Kalau lelaki masuk lah pengakap sumpah best gyla banyak gila aktiviti. Kelab, memasak, kraf tangan, fotografi, pengguna, PUM, landskap, warisan, ELS, family harmony, bridget penyelamat sungai,  dan macam macam. Sumpah banyak gila. Semua aktif aktif. Nak buat lawatan ke apa ke boleh, tapi dengan syarat buat kertas kerja ye ? Lagi lagi kalau form 4 ni memang busy. Sebab tu lah nama dia honeymoon year haha :D

Kelas? Okay dalam satu kelas tu ada 30 orang jer :D Dapat meja kecik tapi ada loker kat belakang kelas. Masuk MRSM takyah lagi bawak beg besar besar isi buku teks bagai tu. Semua bawak beg kempis then stail ala ala uni. Buku tinggalkan je kat kelas. Haha. Bila masuk MRSM ni terkenal dengan nota mind map tauuu. So nak buat nota senang gyla kalau guna mind map ni haha.

Bila korang naik upper form ni memang banyak tak dok dalam kelas. Sering merantau keluar. Pergi lab lah, pergi studio lah, pergi makmal komputer lah, pergi bilik kuliah lah. *especially MRSM KKB* so kelas tu selalu kosong ahhahahaha.

Cikgu cikgu ? Pehhh sumpah cikgu MRSM KKB the best gylaaaa lahhh. No doubt. haha. Untung masuk MRSM KKB. Mai lahhh :D

Program mentor mentee pun ada. Satu group dalam 5 orang termasuk ketua. Okay bila kat MRSM ni memang tak lari dari mentor mentee. Tapi kitorang guna nama lain. Kasi gempaq ah beb. Haha. Contoh waktu aku form 2 nama dia COS (Cream of student) nanti dia amek masa prep lah. So buat lah hang out semua. Mana yang pandai tu panggil ketua COS. Naik form 3 panggil YTT (Y T Square- Young Talented Tutor) Ketua nya kami panggil tutor. Naiik form 4 kitorang panggil apa entah lupa. Then naik form 5 kitorang panggil PFC (Peer Facilitator Class) Ketua kitorang panggil PF. So gempak en. Then untuk setiap subjek ada ketua PF dan assistant. Siap ada nametag kott. Dah ah lawa gilaaa. haha special kan MRSM. So siapa amek PMR SPM ni memang asyik dengan PFC lah. Semua dok kena hadap hangout yang berlambaaaaak. *especially kkb* sebab tu kkb ni gempak bila exam besar :3 *credit to teacher kkb*

Study week. Okay. Act kalau kat MRSM ni pun ada lah sikit sikit study week. tapi berapa hari je lah. Korang kena buat handout banyak. hm tu je lah. Macam Uni en ? yup.

Penghafalan surah Hafazan. Okay, kalau dekat MRSM korang semua wajib hafal surah hafazan. Kalau form 1,2 dan 3 kena hafal juzuk 30. So kiranya kalau korang masuk form 1 then bila dah form 3, in shaa Allah korang dah hafal dah juzuk 30. Form 4 kena hafal surah As-Sajjadah dan Al ikhsan. Form 5 hafal surah Yaasin dan Al-Mulk. Haa bagus kan ? Takyah sekolah maahad ke agama pun takpe. dah hafal banyak surah dah.Untung kannn ? So sila masuk MRSM. Nanti korang akan diberi buku hafazan warna biru harga RM2. Then tasmid pada ustaz dan ustazah.

Bahasa asing. Okay kalau dekat SBP kan ada belajar bahasa asing en ? Act MRSM KKB ada belajar bahasa asing gak. TAPI. Belajar bahasa arab je. Based on buku teks hahahahhaha. Itu pun waktu form 1 dan form 2. hahahhha.

Makanan ? Haaa. Korang jangan risau. Yuran makan ni murah je. Sebulan bayar RM60 dan dan dan dapat makan 5 kali sehari *kat MRSM KKB sebab kitorang tolak minum petang* Kalau kat KKB sumpah makanan dia thumbs up sedap. Sihat sihat je aku dulu hahahahahahahaha. Orang utara yang jadi tender so memang sedap :3 Dalam banyak banyak MRSM aku pergi, KKB still the best ah DS dia hahahhaha.

Aktiviti? Okay kalau korang masuk MRSM lah kan, actually jadual korang memang serious pack gyla babeng lagi lagi korang yang form 4. Aku tak tipu. korang ada je aktiviti yang join pastu nak kena handle event semua lah. MRSM ni well, macam universiti en, so ada macam macam aktiviti. Contohnya mencari bakat lah apa lah. Pastu malam cinta rasul. Pertandingan nasyid. Minggu aktiviti. Tuan rumah event. Minggu bahsa. Tunas saintis. Debat. jambori pengakap. Kor kadet polis. SIlat inter. Taekwondo inter.  Peh pehhh. Sumpah best gylasss. Aku tak tipu ah.

Im his wife :')

Time ni program KIKS :')

Event hari guru. Pelamin kottt

Malam last before balik rumah. Esoknya exam bio kott hahahaha. Baju batch :') I miss them

Kem kepimpinan. Dah form 5 kottt

Ex classmate trip raya ke bangi :D

Hari last before balik

Kami masuk kuiz keusahawanan. SUmpah pffft. keluar soalan akaun.

3 gambar atas time ekspo keusahawanan kat MRSM Johor Bahru

Drama Patriotik :) form 4 2012


Time ni semua orang dah balik rumah hujung tahun kecuali kami hehe :p kerembankekita


Nampak yang I pegang tu ???


Minggu bahsa :) masuk drama fest time form 4

Kumpulan dramafest :')





Merantau sat ke Istana

Kem kepimpinan. time form5 kot

PUM permpuan :') banyak kenangan kot..



masuk catur bistari hihi

raya 2013


raya 2012

program PRS dengan sekolah luar. aku prs dan fasi :p


silat inter 2012 mrsm pengkalan hulu

silat inter 2013 mrsm transkrian

Adat melayu :')









UNGA !!!!!! Ni besttt. Kelas kitorang negara HOlland :D


Nampak kipas besar tu ? hheheehhe besar kottt





Negara Egypt






Pilihan raya Maktab. Haaa. Selalu dengar PRU kan ? Haaa kat MRSM pun ada. Ada manifesto lah apa lah. Pastu korang merasa since form 1 mengundi. Jadi pengundi. Pangkah pangkah bla bla bla. masuk dalam kotak. AHhahhahahaha. Macam Uni kan ? Macam dewasa kan ? hehe ikr.

Graduasi ? Kalau korang dapat above 2.00 CGPA dan lepas syarat syarat korang boleh grade :))) Sekarang DB ada air conddd,. So sejuk kot. Kitorang batch first yang rasmikan event event DB ber air cond so bangga :P hahah. Exam semua dekat DB sumpah pehhh best gilaaa. Jawab exam dalam air cond haha best kot :P

Aku akan kata lah, kat MRSM ni korang pun dah kena pandai survive. Belajar kat sana kena cepat pick up. Kalau tak paham tanya cikgu. tanya kawan. Jangan malu. Nanti tenggelam. Dengan aktiviti yang macam macam, so nak belajar tu pun jadi pendek masa dia. Yup. Memang haha.

So apa lagii ? Nanti korang yang form 3 nak masuk MRSM pilih lah MRSM KKB as first choice tauuu :D Memang besttt. hehehee.

Dah habis baca? Boleh baca post saya yang ini ehhehehehe

Pengalaman Masuk MRSM

Comments

Anonymous said…
Bersih x kat sana?? X de lah sbb taun depan saya in shaa Allah masuk sana n ade kwn ckp kat sana kotor.. plz reply.. ��
Anonymous said…
Boleh guna phone ke dekat sana?
Miza said…
Hai adik ! Sorry akak busy sikit. Oh kotor tu ? Ekceli kan, kat mana mana pun ada kotor. And semua based on siapa penduduk situ. Dulu, zaman akak ada kuatkuasakan kemas toilet setiap pagi before rowcall. So before rowcall toilet tu kitorang kena cuci. Tapi ringan ringan je lah. Buang rambut, wipe lantai. Pastu, selalu yang nampak kotor tu dekat area tempat buang sampah dan toilet paling penting. If students buang sampah, certain main campak je sanpah walaupun tong sampah dah menimbun macam apa je. Supposedly, kenalah buang dalam plastik then baru throw dekat rubbish area tu rite ? Then , toilet, terutamanya blok yang tak tekan kan pembersihan asrama, then you wud see the horrible toilet yang korang tak cuci pun sebab pemalas kan. Haa, then who supposed to be responsible towards them ? Jadi, kawan cakap macam tu sebab dia sendiri and their asrama-mates tak bersihkan and i donno which batch they're. Akak pernah pergi macam macam mrsm and bukan semua mrsm pun totally clean and the best giiteww. Sama je.tade beza pun and sometimes worse. So happy choose haha
Miza said…
Zaman akak boleh. Akak pakai fon cikai yang ada radio tu je haha. Ada je pakai smartphone but pepandai simpan lah. Kantoi habis kena rampas. Sebab syarat syarat fon tu tak leh ada kamera, bluetooth. Btw, fon hanya dibenarkan di dalam asrama. Tak boleh bawak keluar. If not, kalau kantoi kena rampas
Anonymous said…
Akak masuk KKB kena power bi ke.Takut lak.
snfxwr said…
Saya minat nak masuk mrsm. Tapi saya takut tak boleh bawak pelajaran dkt sana tpi dari segi akak cerita memang best :) lepastu mrsm nie dia banyak ke ara sains bukan? Yelah sebab mrsm nie kan semuanya budak pandai² belaka.
Miza said…
Awak, snfxwr, Kat sini memang ke arah sains. Sebab tu nama dia Maktab Rendah Sains MARA. Sains kan. hikhik. Tapi akak dulu amek subjek tambahan, pendidikan seni visual. Best jugak lah. Ada certain tak amek bio then amek perakaunan. Ikut korang lah cana. Takut nak bawak tu ikut macam mana kita bawak diri lah. Kat sini boleh je study. Tapi kena pandai lah. Koko memang penting sebab budak zaman sekarang hebat hebat. haha sekarang yang banyak membantu akak nak dapat jawatan kat universiti sebab koko akak. Kan dekat MRSM guna pointer, pointer tu memang kena jaga. Ala, kalau awak fokus dalam kelas pun boleh survive. Assignment semua kena buat. Akak tak hebat pun pelajaran. Tapi akak jaga carry mark akak. Sebab exam final amek 60% je. hehe. Boleh je survivee.Janji study tu memang kena jaga. Kalau tak faham tanya direct. Jangan simpan dalam hati. Budak budak selalu tak faham Then mengadu tak faham. Kena tanya terus. Cg baik, tak makan orang pun :)
Unknown said…
Hai nak tanya kat situ kan belajar kene guna komputer ke skrg
Unknown said…
Hai nak tanya kat situ kan belajar kene guna komputer ke skrg
Miza said…
Kalau ikutkan memang tak guma komputer. Certain time je. Macam nak buat presentation. Tapi tak banyak pun. Selalu kalau nak guna komputer pun time cuti sekolah. Melainkan awak kena buat kertas kerja then yes you need one. Kalau tak, tak guna pun
Nur Natasya said…
assalam akak miza hayani,

saya ada beberapa soalan.

1. dia susun roomates macam mana?

2. kalau tak selesa tinggal dengan roomates yang diaorang dah susun, boleh tukar tak?

3. boleh tak kalau malam ( dalam pukul 8 -9 ) atau sabtu ahad pergi bilik kawan?

4. rasanya, untuk murid murid tungkatan 1, bila waktu lapang diaorang?

5. pernah tak ada kes hantu ke.. kena rasuk ke?
Miza said…
Wasalam adik natasya.
1. Rumet waktu zaman akak, dia susun ikut homeroom. Rasanya still ikut homeroom.

2. Kalau tak suka tak boleh tukar. Rumet dah ditetapkan dan tak boleh tukar. Unless tetiba time pendaftarn anda satu satunya ahli bilik dalam tu, then mungkin dia akan pindahkan ke bilik yang masih ada kekosongan. Nasib lah dapat rumet tak pembersih ke kaki sepah ke hehe

3.lepas prep malam (pukul 11) boleh pergi bilik kawan. Tapi after light off or bacaan asmaul husna kena balik bilik. Tak boleh stay bilik kawan. Sabtu ahad boleh lagi. Tapi bila dah light off or asmaul husna kena duduk bilik sendiri dah.

4. Especially for mrsm kkb, Sekarang form 1 lain sikit jadual dia mungkin. Tak sure sangat. Sebab icgse. Dulu zaman kitorang form 1 lain. Waktu form 5 dulu, dah tak diwajibkan riadah petang. So akak consider waktu lapang korang lepas habis prep petang. Gap before magrib. So tu lah waktu lapang korang. And then sabtu ahad

5. Kes hantu tu ada. Tipulah sekolah asrama tade kan. Hahaha. Tapi akak okay je survive. Kalau ada dengar cerita hantu tu buat dek je. Tade pape. Just jangan nak cabar je lah 😄😄
Anonymous said…
belajar dari pukul berapa sampai pukul berapa? prep memang ada setiap malam ke?
Miza said…
Prep malam ahad sampai khamis ja. Jumaat dengan sabtu free :)
Unknown said…
Assalamualaikum kak!Boleh bawak lappy ke pergi mrsmkkb? Btw i'm gonna be your junior starting next week~ Nervous sikit sbb form 4 baru masuk ^^ dan juzuk 30 tu pon kena hafal sebelom masuk sana ke kak?
Miza said…
nurhamizah badri said...
Assalamualaikum kak!Boleh bawak lappy ke pergi mrsmkkb? Btw i'm gonna be your junior starting next week~ Nervous sikit sbb form 4 baru masuk ^^ dan juzuk 30 tu pon kena hafal sebelom masuk sana ke kak?

February 8, 2016 at 6:44 PM

Walaikumussalam adik hamizah. First of all, COngratulation :D Bagus dapat KKB, jaga MRSM KKB baik baik tau. Bawak atas tanggungan sendiri. Simpan dalam loker . Kalau kena curi sekolah tak bertanggungjawab. Sbab kat sana pun ada yang tangan panjang ;)
Unknown said…
In syaa Allah ^^ Tudung prep kan kak..hitam ke bebas ke putih jugak
Miza said…
Alaaa sorry awaa. Akak baru baca komen. Tudung putih atau hitam jer
Anonymous said…
Hi Miza... i'm really miss u n our HR Sapphire C... :(
Anonymous said…
Good info n nice sharing with other...especially sape2 yg nak masuk mrsm kkb :)
Anonymous said…
Good info n nice sharing with other...especially sape2 yg nak masuk mrsm kkb :)
Miza said…
Eh ehhhh cg yusrannnnnn haha rindu jugaakkkk .haha terharu Ada cg baca hehe
Unknown said…
Excited baca.. Kak ada fb x? Nak tanya banyak lagi niiiii eksaited nak masuk taon depannnn
Miza said…
Ada ada. Ni fb akak miza hayani
Kalau awak bukak guna lappy awak boleh tengok kat side bar kanan. Ada icon fb klik situ. Nanti direct terus ke fb akak 😊
Anonymous said…
Saya ni Pelajar form1 batch igcse.. Slalu dgr citer pasal floor 4..

Kak boleh x akk terangkan dengan lebih lanjut tentang tingkat 4 di blok akademik
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Nak masuk mrsm kkb kene interview ke? Macam mane interview dia..boleh terang kan ? (Pls reply), tq💜
Miza said…
Anonymous Anonymous said...
Saya ni Pelajar form1 batch igcse.. Slalu dgr citer pasal floor 4..

Kak boleh x akk terangkan dengan lebih lanjut tentang tingkat 4 di blok akademik

Hai dik. Floor 4? Tak ada apa apa pun. Hanya lab semata mata
Miza said…
Blogger Adni Qistina said...
Nak masuk mrsm kkb kene interview ke? Macam mane interview dia..boleh terang kan ? (Pls reply), tq💜

Akak tak sure lah plak. rasanya tak ada. Buat ujian ja
Miza said…
Anonymous said...
Akak masuk KKB kena power bi ke.Takut lak.

ans: tak power opun tape kot lol
Nur Annisa said…
Hai akak miza.. �� Sye, insyaallah dapat masuk mrsm tahun depan.Tq kak bgi motivation kat pembaca2 yg bru nak masuk mrsm ��.
akak,abg2 kat situ baik tak?tq
Amri Mat Saaid said…
salam..masa hantar anak ntbu mrsm igcse pilih mrsm kkb sebagai pusat UKMM dan pilihan oenempatan pertama adalah MRSM KKB..tengok kawasan MRSM KKB mmg cantik sebelahnya Darul Quran pun cantik..anak saya memang seronok.Bila semak result dapat MRSM Parit..ok je anak saya tu janji dapat MRSM dan program IGCSE...lagipun opahnya memang orang sana.
Miza said…
Tak sure lah dik.ikut batch hahah
Miza said…
Wasalam.tahniah untuk anak puan :) insyaAllah memana pun okay je
Anonymous said…
maaf utk mengganggu,sy ialah salah seorang pelajar di MRSM KKB.Semua perkara yg akak tulis ni ada yg betul,tapi sy sarankan jgn bergantung sangat dgn review kerana setiap thn batch bertukar dan kakak probably senior kat situ sbb tu la takde masalah sangat.Saya form 1 disitu dan saya juga first intake.Pada mulanya memang nmpk semua baik tapi saya dah hampir setengah tahun disitu.Selepas sebulan selepas pendaftaran disitu saya mengalami depression dan anxiety kerana kebanyakan senior buli budak form 1 dan form 1 juga dipandang rendah oleh senior starting from form 2-form 5.But thankfully,the teachers are very nice and results for exams are kinda good.

THIS IS SPECIFICALLY FOR FORM 1 BOYS
Miza said…
Hi dik . Im sorry to hear that. I hope you stay strong. I know that semua benda indah khabar dari rupa. so as a student, what actually you really need to do is jaga hubungan awak dengan Allah. And insyaAllah you'll be able to go through you life as a boarding school student. Enjoy your life there and jangan fikir kan sangat masalah tu. Or else adik akan menghadapi anxiety and depression. This is life. Sometimes awak akan ada di bawah and kadang kadang di atas. Maybe skg awak di bawah, insyaAllah ni satu ujian buat awak jadi kuat. jaga hubungan awak dengan tuhan, Allah akan jaga awak. Good luck in your studies! Harap tak fikirkan sangat masalah ni .
Miza said…
Tahniah. Hahaha sorry baru baca . Busy degree hahah
Anonymous said…
Akak rasa sbp ke mrsm?
Anonymous said…
Akak rasa mana lagi bagus
Miza said…
Memana je dikkk. Asal belajar cukup lah.
Unknown said…
Hi akak sorry ganggu tpi saya nk tnya psl dorm ni disusun ikut homeroom tu mcm mna?sbb saya nk plih MRSM KKB ni utk Form4 nnti
Anonymous said…
Hai sis! Im having my pt3 soon ( lagi sebulan haha) and next year mcam nak tukar sekolah. So my aunt give cadangan to me utk masuk mrsm kkb ni. Lepas baca, nampak best je rasa! But i'm a little bit afraid sbb saya x berapa pandai, boleh ke saya survive sane? �� and i never go to boarding school �� if nak masuk mrsm ni, ape syarat dia? Waktu sis mula masuk sini.. ? Doakan ye saya boleh survive dkt mrsm kkb huhu ��☺☺
Miza said…
Hai adik hudaaa.
Mrsm kkb satu bilik 4 org.
Cth nya lah, dlm satu homeroom ada 5 perempuan. So 4 org dapat satu bilik, yang selebihnya bilik seterusnya.
Miza said…
Hai adik
Hardwork will pay off. Waktu zaman sekolah boleh study smart and study hard boleh straight As. Hahaha.

Syarat? Akak tak pasti skg. Tapi dapat 6As termasuk math dan sains selalu nya. Waktu zaman pmr lah. Then buat ujian . Akak ni zaman sebelum sebelum ni. So tak sure sangat sekarang qualification hehe sorry dik. InsyaAllah dikkk boleh survive. Akak yg tak pandai pun boleh survive hahaha
Anonymous said…
Hi akk.. Info akk mmg terbaik�� Kalau bwk fon selalunya nk sorok kat mne? N ade spotcheck ke?��
Anonymous said…
Hi akk.. Info akk mmg terbaik�� Kalau bwk fon selalunya nk sorok kat mne? N ade spotcheck ke?��
Anonymous said…
Hi akk.. Untk mohon masuk ke MRSM KKB sebagai pelajar tingkatan 1 ni ade tgk result sekolah agama (SRA) x?
Anonymous said…
Everything is just fake hope and everyone know it :)
Farah said…
Hi kak.. Hm ni saya terjumpa blog akak ni. Saya ada terbaca akak reply kata boleh bwk phone tapi takleh bwk keluar asrama kan ? Dia takde mcm nak check apa semua ke ? ( kalau sorok ni memang saya pro HAHAH ) .. Saya baru lepas PT3. Rasa nak masuk mrsm ni 50% je. Sebab kalau tak masuk pun takpe bcs saya nak jadi pengawas dah kat sekolah lama. So saya tengah mencari motivation lagi lah ni. Just nak tahu apa beza mrsm dgn sekolah biasa yg takde kena mengena dgn pembelajaran.
Miza said…
Sorry for the late reply. Im quite busy lately. Akak dulu nyorok dlm baju busuk. Simpan bawah loker kasut hahah
Miza said…
Entah lah beza dia. Sb akak masuk mrsm since form 1. But kawan akak kata masa untuk study tak fleksibel . Certain orang masa study dia gini gini gini. Kalau duduk rumah bebas buat apa apa. Asrama cam biasa ada peraturan lah. Kena pergi subuh jemaah. Pergi prep. Pergi riadah. Kalau nak bebas stay je lah kat tempat skg. Kalau nak rasa environment baru go on. Im not going to say boarding school will be more fun compare to sekolah biasa. Kalau nak tahu beza im sorry sb saya sekolah biasa waktu sebelum upsr ja hahaha
Miza said…
Its okay. You will be able to go through this. I have friends being bullied mentally but he managed to go thru these hell things. Skg dah tak tahu dah apa cerita dorang. Some of them dah fly dah pun and ada yang menyepi hahaha. Masih di mrsm ?
Farhaan. said…
Assalammualaikum..Akk,nak minta no tel boleh sbb saya x on sangat FB..Klau boleh tlg balas ye soalan ni:

1-Duit belanja yg mak/ayah akk bagi berapa ringgit sebulan?

2-Camne akk agihkan duit setiap minggu??

3-Hujung minggu persekolahan ada ke bas MRSM bawa g jln² ke mcm nk gi beli brg² keperluan??

Harap akk dapat balas semua persoalan saya ni..insya-allah,saya akan jadi student MRSM Bentong bagi tahun 2018..tlg doakan saya dapat ye dan tlg jawab semua soalan saya ye..
Unknown said…
Hai kak, sya hrp akak blh jwb soalan sya, mdh je
1. Wajib ke budak perempuan islam pakai tudung?@ ade tak yg tak pkai tudung?
2. Blh tak bwk portable music player sbb die x dikire brg berharga
Miza said…
Blogger abgan _farhan said...

Assalammualaikum..Akk,nak minta no tel boleh sbb saya x on sangat FB..Klau boleh tlg balas ye soalan ni:

1-Duit belanja yg mak/ayah akk bagi berapa ringgit sebulan?
Errr akak tak ingat lah plak. dah berapa tahun dah akak tinggalkan sekolah. Usually akak selalu guna duit untuk beli roti atau jajan atau makanan kat kafe kalau malas turun dewan selera. haha sebulan rm50 ke rm100 kot entah lah akak lupa lahhh hahahaha. lagi pun DS ada makanan en hehe biasalah budak budak ni tak pernah rasa cukup

2-Camne akk agihkan duit setiap minggu??
akak selalu guna duit utk beli makanan tambahan sb weekend akak lapar tak cukup makan.nak beli jajan semua kat koop. so kalau rm50 tu bahagi 4 lah kottt.dlm seminggu akak belanja rm10.

3-Hujung minggu persekolahan ada ke bas MRSM bawa g jln² ke mcm nk gi beli brg² keperluan??
hm tak ingat lah. rasa macam tak ada. tapi akak ni berapa tahun lah tinggalkan sekolah so akak tak tahu perubahan apa skg ni mrsm kkb alami. dulu zaman kitorang nak outing kitorang tempah teksi luar ke prebet sapu. skg kan ada apps grab car semua so rasa macam takde masalah dah skg ennn.

Harap akk dapat balas semua persoalan saya ni..insya-allah,saya akan jadi student MRSM Bentong bagi tahun 2018..tlg doakan saya dapat ye dan tlg jawab semua soalan saya ye..

ouh lah mrsm bentong ke ingat kkb hahaha. akak tak tahu tempat lain tau. ni pun dah bertahun akak tinggalkan zaman sekolah hahaha
Miza said…
Blogger Unknown said...

Hai kak, sya hrp akak blh jwb soalan sya, mdh je
1. Wajib ke budak perempuan islam pakai tudung?@ ade tak yg tak pkai tudung?
Wajib. semua pakai tudung.

2. Blh tak bwk portable music player sbb die x dikire brg berharga
Dulu kitorang bawak je. tapi atas tanggungan sendiri. hilang sekolah takkan bertanggungjawab
Miza said…
Blogger abgan _farhan said...

Assalammualaikum..Akk,nak minta no tel boleh sbb saya x on sangat FB..

answer: No tel? maybe you may contact me thru email. mizahayani15@gmail.com
Lolol said…
Sekarang smart phone dah dibenarkan but daftar first
Anonymous said…
Nak Tanya..F4 Kat Sana baik Tak?
Amri Mat Saaid said…
Sekarang dah boleh guna...
Amri Mat Saaid said…
Alhamdulillah dah pindah mrsm kkb since jan 2018..seronok anak saya.
Hasnin Hisham said…
Assalamualaikum & hi, kak.

I'm planning to apply for this IGCSE program by next year. In Sha Allah. skrg, saya bakal menduduki UPSR. Saya nk tanya, IGCSE ni susah, tak...? A big thanks.
Miza said…
Waalaikumussalam. Akak tak pernah amek IGCSE ni. Tapi dia macam subjek fokus lah macam fizik, kimia dan biologi. I shud be fine
Anonymous said…
Assalamualaikum.... Kak... Inshallah saya akan masuk MRSM KKB tahun depan... Bnyk info yg saya dpt dri blog akak ni... Thanks (^.^)
Miza said…
Hi dik. tahniahhhh
Anonymous said…
Assalam kak....saya masuk MRSM KKB....Mase daftar pakai baju ape....baju MRSM atau baju biasa(^.^)
bard said…
Salam.
Saya pasti... tulisan saudari banyak membantu parent yg bakal menghantar anak ke mrdm kkb.
Mohon Miza update / edit jika ada penambahan utk rujukan.

Sebagai gambaran asas suasana di kkb.

terims kasih
Anonymous said…
assalamualaikum akak ;) boleh tak share soalan yg keluar waktu kuiz keusahawanan dulu? saya nak tau sikit
Miza said…
Anonymous Anonymous said...
assalamualaikum akak ;) boleh tak share soalan yg keluar waktu kuiz keusahawanan dulu? saya nak tau sikit

Answer: Soalan keusahawanan tu hm akak lupa. Tapi banyak soalan akaun. Kalau budak akaun senang lah nak jawab. huhu
Familyof6 said…
Tq so much atas sume info. Byk membantu aunty yg anak yg nk masuk mrsm kkb thn depan. Dah bole tarik nafas lega. Alhamdulillah.
azma said…
TQ so much atas info yang diberikan. sangat membantu sebab anak aunty akan daftar MRSM KKB next week.
Unknown said…
Assalam akak, tandas Kat asrama ok tak, jauh Tak dari bilik
Anonymous said…
Hi akak !!! Based apa yg akak cite tu memang betul. Kkb best. Tak menyesal apply. I'm batch form 2/2020
Anonymous said…
Saya pun Sapphire C jugak :)
Anonymous said…
ada tak gejala sosial.atau terkawal
Unknown said…
tq atas share ni.. br pas cek result MRSM, anak dpt MRSM KKB..
Anonymous said…
Biasanya tmpt outing mana yg paling best & dekat dgn mrsm kkb?
wahh bestnye terkenang zaman dok asrama saya dulu...tq sharing...

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM aka BPharm UiTM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps. I have request. For those yang berjaya dapat BPharm UiTM tahniah junior ! Please drop by my blog here CLICK HERE . For those yang reread balik blog ni please drop by my other post here. Hopefully membantu :) Study Tips For Student Student Farmasi Belajar Apa? FAQs For those yang berminat untuk sambung jurusan farmasi (terutama program Ijazah Farmasi), you may need to read this first. Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi  For those yang nak tengok list of training place for Provisional Registered Pharmacist (PRP), you may direct to this link. Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP) For those nak tahu apa budak farmasi belajar klik link ni Student farmasi belajar apa? For those yang nak tahu pengalaman saya dalam hospital attachment click here Pengalaman jadi Pelajar Farmasi Klinikal di Hospital Yang bawah ni pengalaman saya menjalan community attachment di retai

Student farmasi belajar apa?

Selamat sejahtera dan Assalamualaikum wbt Hi semua. Surely, ramai yang melawat blog saya ni bercita-cita atau berminat atau nak tahu apa student farmasi belajar. Kalau ada yang tak tahu, Farmasi antara kursus perubatan yang paling pendek dan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan MBBS @ MD (orang kata medicine atau perubatan), pergigian (dentistry) dan veterinar. So kalau kita tengok jangka masa kursus ni selama 5 tahun untuk degree sarjana muda tapi Farmasi hanya 4 tahun sahaja. Tambahan pula gaji yang diberikan juga dikira tinggi dan paling tinggi mungkin? *eh Mungkin disebabkan industri farmaseutikal juga antara industri yang paling untung dan pesat (no 2 dlm dunia), sebab tu profesion sebagai ahli farmasi ni sangat penting dan lumayan. Surely I would say, siapa yang masuk farmasi ni jenis materialistik hahahahahahanat. Okay sejujurnya, aku ni jenis materialistik. Lagi satu, ada hikmah aku tak masuk medik atau dentistry atau veterinar sebab baru tahun ni aku tahu