Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps.
Ni amek dari blog lama hehehe
Ni amek dari blog lama hehehe
Assalamualaikum ! Hai kawan :D
Em. Okay lah. Saya mahu tanya satu soalan. Siapa dekat sini bila nampak orang buta jual tisu dalam bakul, lepas tuh dia keluarkan duit yang tak seberapa banyak dari kocek dia ? Lepas tu kawan kawan pun derma kan duit yang mungkin nilainya kecik tapi ikhlas kepada oang buta tu. *keluarkan duit tapi tak derma tak perlu lah kot, haha*
Sebenarnya pernyataan yang berjelar jelar dekat atas tu muqadimah je. Hihi. Okay lah, sahabat yang disayangi sekalian, sebenarnya saya nak cerita ada satu kisah ni. Cerita nya bermula begini,
............Al kisah satu hari semasa Aina(bukan nama sebenar) mahu pulang kembali ke asrama nya MRSM Kuala Kubu Bharu. Sebelum berangkat pulang ke asrama penuh yang boleh dikatakan penjara prison tahap maksima , dia singgah di kedai runcint bernama 99kedaicepat di Taman Kayu Jati. Setelah puas menelek semua barang yang mahu dibeli, dia langsung terus menuju ke kaunter sedut duit. Terlihatlah dihadapan nya seorang jejaka yang mungkin tampan mungkin tidak yang mempunyai tangan. Tapi terserlah satu kecacatan pada paras badannya nya itu. Diteliti kepala ke badan, kepala ke badan, Zuupp ! Tangan lelaki tersebut cacat ?! Mula timbul perasaan simpati tetapi kagum dengan sikap kerajinan dan kegigihan dia untuk mencari rezeki yang halal di atas muka bumi Allah ini. Walaupun tangan nya cacat tetapi die masih mampu bekerja. Maka berdoa lah Aina kepada Allah(dalam hati) "Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kehidupan pemuda ini dan murahkan lah rezeki dia ya Allah, Amin"....
Bila kita fikir fikir kan semula, ada segelintir manusia yang mengemis dan mendapatkan simpati daripada orang ramai dengan menggunakan kecacatan yang dialaminya. Sepatutnya tidak patut lah. Selagi kita masih mempunyai keupayaan yang ada kita patut mencari rezeki tanpa perlu meminta belas kasihan orang ramai.
Lagi satu kan, selalu kalau saya pergi pasar malam, mesti kelihatan orang orang asing yang cacat tidak natural mengemis daripada orang ramai. Awak, awak, awak rasa patut ke kita bagi duit pada die ? Em, saya tak tahu lah nak cakap macam mana. Saya tengok die masih mempunyai dua tangan tetapi kenapa die tak menggunakan keupayaan yang masih ada pada dia untuk bekerja. Jadi patut kah kita memberikan duit pada dia ? Kita pun pernah dengar kan ada agen yang dagangkan orang. Awak semua tahu ke duit yang diperoleh oleh mereka akan pergi ke mana ? Sudah tentu kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Jadi orang itu pasti akan terus menerus dipergunakan. Saya tak tipulah, setiap kali lalu sebelah orang tu mesti saya berpura pura pandang ke tempat lain. Kasihan kot tengok mereka semua. Ada yang bersama anak baby lagi.
Em okay lah. tu je. Assalamualaikum
Comments