Skip to main content

STPM vs Matrikulasi vs Asasi vs Tamhidi vs Diploma vs Sijil

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps.



Okay, tak ada pun yang tanya pape kat blog aku. yelah sebab bukannya blog HOT MELETOPS pun ekekeke.

Well,
Kalau nak tengok perbezaan tu banyak je blog blog lain yang buat entry mengenai hal ini. Okay ni based on apa yang aku tahu.  Mungkin ramai orang yang tak tahu nak pilih yang mana. Nak nak plak budak yang bijak bijak ni . Terlalu banyak tawaran sampai tak tahu nak pilih yang mana. Tapi bagi pelajar yang genius dapat tajaan MARA dengan JPA tak perlu risau. Sebab ofcoz dari pilih yang ada tajaan tu ofcoz.

Okay, kepada adik adik yang bernasib seperti hakak ni, sila buat pilihan dengan lebih tepat ye. Kalau taknak menyesal di kemudian hari.

Okay jom kita tengok.

STPM
Okay bila cakap pasal STPM. STPM sekarang amat lah mudah. Dah maca tak ada beza dengan matrikulasi je. Aku pun tak tahu lah kerajaan nak sebenarnya.Dahulunyya STPM ni dikenali sebagai A-Level Malaysia sebab belajar dua tahun or 1 tahun 8 bulan camtu then amek exam besar. Kesemua silibus yang di pelajari dalam masa dua tahun tu di-compressed kan secompressed compress nya, maka wujudlah STPM. Ala macam ala ala SPM gittuww. Tapi lagi tough ah. Dahulu STPM dikenal sebagai exam paling susah kat asia tenggara. Sekarang ? Dah lain!

Kini. STPM ni boleh dibahagikan kepada dua. Sama ada sains dan akaun. Sekarang STPM dah ada kolej tingkatan 6 sendiri. Hm macam dah tak ada beza dengan matriks. Ikut sistem pointer. Pembelajaran iku semester. Jadi, silibus yang korang belajar time sem tu, sampai sem tu je lah. Pastu dah tak masuk dalam next exam. No more exam besar. So nothing tade beza pun dah STPM dengan matriks. So jangan plak budak kemplen cakap STPM susah. Aku tampar sat gi.

Matrikulasi
Matrikulasi under KPM. Belajar ikut sistem pointer. Pembelajaran yang terlalu packed. Kelas dari pukul 8-5 petang. Kena buat lab report dan kelas tutorial sebanyak 2 kredit hours with lecture 3 kredit hrs. Campur lab lagi 2 kredit hrs.  Pembelajaran yang agak laju. Tak sempat nak siapkan tutorial chapter lepas dah masuk chapter baru.  PST paling tak cukup nafas, PDT relax. Apa beza ? PST - Program Satu Tahun dan PDT - Program Dua Tahun.  Ada kursus perakaunan dan kejuruteraan. Sains ada 3 modul. Modul 1 amek pure science stream ( Matematik, Kimia, Fizik, Biologi), Modul 2 more to engieering gittuww ( Matematik, Kimia, Fizik, Sains Komp) and Modul 3 ( Matematik, Kimia, Biologi, Sc Komp) Siapa yang nak tebus kesalahan time spm dulu boleh pilih sini. Nanti senang nak skor. Hahha. Siapa yang tak dapat UPU mostly masuk sini. And paling penting siapa yang tak tahu hala tuju lagi akan masuk matriks ni hehe.

Ha tinggal di asrama. Life macam budak sekolah asrama penuh. Peraturan yang ketat. and ada lagi. hahaha.

Kelebihan matriks ? Boleh mintak belajar overseas. Antara University yang menerima keputusan matrikulasi seperti:
United Kingdom
University of London
King's College London
University of Warwick
University of Manchester
University of Southampton
University of Bristol
etc

Australia
University of Sydney
University of Adelaide
University of New South Wales
etc

New Zealand
University of Auckland
University of Wellington

Indonesia
Universitas Sumatera Utara
Universitas Gadjah Mada *tak silap*
etc

Haaaa. Best tak best tak ? So Moh masuk matrikulasi :p

Matriks tak boleh digunakan  untuk bekerja.

Asasi @ Tamhidi
Tahmidi ni sama je macam asasi. Cumanya tahmidi ni siapa ada arab boleh lah amek. Hm btw asasi ni siapa yang dah tahu dia nak pilih universiti mana untuk sambung degree boleh pilih asasi. Tapi TAPI. Kalau asasi Uitm dan PASUM lain. Kalau asasi ni ada Asasi UIA, Asasi UKM, Asasi Pertanian UPM, Asasi UPNM, Asasi Unimas, Asasi UMS. lagi apa eh ? ha Untuk UIA, UKM, UPM, UPNM, USIM, Unimas dan UMS ni kalau amek asasi dorang akan terus diserap masuk ke degree dorang. So korang tak perlu bersaing dengan budak UPU. Tapi macam asasi UIA dia dah ada pengkhususas dia dah. Macam asasi perubatan, Nursing, farmasi. Tapi tidak bagi yang lain. Jangan ingat UPM tu amek pertanian. Sebab dari asasi pertanian tu pun dorang boleh amek vet ke medic ke. Kalau Uitm dan PASUM dont expect that you will be enter the uni instead you still need to compete with others applicants. Kalau USIM hanya yang amek bahasa arab je boleh apply. lols.

Okay, saya cadangkan siapa yang strong gyla gyla science stream je amek asasi ni. Kalau takat dapat 7A and ada B untuk science stream tu baik takyah masuk asasi. Better pilih matriks. Why ? Sebab takut korang tak boleh survive. Jangan fikir UPU utamakan budak budak asasi. Yes memang dorang utamakan. Tapi kalau dapat result gempak lah. Kalau sayangkan masa depan, jangan pertaruhkan masa depan anda. And jangan korang rasa down bila korang dapat asasi tapi masuk matriks and orang persoalkan, pedulikan je apa orang kata. Jangan fikir bila korang dapat 3 pointer JER korang akan membanding bandingkan budak matriks yang dapat 3. 5 and above. Sebab UPU tak amek kisah pun. Contoh lah A dan B sama sama dapat 7A dalam SPM. A masuk asasi sains UM. B pulak masuk Matriks PST Sains. A dapat 3 pointer manakala B dapat 3.75. A cakaplah aku ni amek UM Asasi Sains susah tak macam B amek matriks. So lain. A dapat pilihan UPU ke 8 manakala B dapat pilihan UPU ke 5. No no no. tade beza pun. Pointer kau tetap rendah di mata UPU dibandingkan dengan budak B. So dorang tak pandang pun kau amek asasi sains ke matriks ke. Janji pointer kau tinggi aku amek.

So pilih betul betul bila dapat tawaran tu. Jangan fikir sebab nak glamour masuk uni. Ala setahun je pun. Tak lama pun. Bersusah susah dulu, bersenang senang kemudian. Cuba tengok lah yang amek medik, dentistry, farmasi kat uni. Siapa major yang amek ? Budak matriks kot. Ha jangan pandang rendah pada budak budak matriks :p

Tak silap asasi boleh digunakan untuk memohon universiti luar negara but Im not sure lah hahaha.

Asasi tak boleh digunakan untuk belerja

Diploma
Kalau diploma ni jangka masa dia agak lama dibandingkan dengan yang lain. Selalu nya siapa yang tak boleh belajar laju laju amek diploma ni. Dalam 2 tahun setengah untuk subjek sastera cenggitu and 3 tahun kalau amek teknikal macam achitecture and engineering. But for me, aku syorkan siapa yang nak amek engineering amek diploma. Sebab nanti korang nak amek degree, degree korang boleh disingkatkan kepada 2 atau 3 tahun je. Ha kan untung dibanding kan budak lepasan matriks asasi. Mana nak amek diploma ? Aku cadangkan supaya amek kat KKTM or KPTM or KPM. Sebab MARA TAJA SEPENUHNYA *bagi yang tidak terlalu kaya* MARA pun ada taja siapa cemerlang dekat kolej dia akan taja untuk ke luar negara untuk degree. Ha tak ke untuk korang ? Jangan lah amek uni. Kena bayar PTPTN SANGGUP KAH HIDUP BERHUTANG ? Haa. Ada benda free jangan susahkan diri nak bayar mahal mahal. ye dok ? Tapi kalau dapat scholar okay dipersilakan. Tapi mana ada penaja taja untuk budak budak diploma serious.

Diploma boleh digunakan untuk bekerja.

Sijil
Kalau siapa yang takde benda asas untuk certain course tu boleh amek sijil. Sijil boleh digunakan untuk bekerja. Banyak je institut yang bagi sijil. Antaranya IKBN, IKM and banyak lagi. Kakak aku pernah amek sijil kat ikm. Then dia sambung diploma in architecture. Then kerja kat firm architecture.

Sijil boleh digunakan untuk bekerja.

Itu aku boleh share dulu okayyy bye

Comments

Anonymous said…
Saya nak amik stpm atau diploma. Sekarang saya dalam dilema kerana tak dapat tentukan halatuju lepas spm. Harap akak dapat membantu saya.
Miza said…
Hai anonymous, boleh akak tahu awak nakamek aliran apa ? And course apa ?
Anonymous said…
Akak sye ade hntr email kat akak.Harap akak dpt bantu
Miza said…
akak dah balas ke emel awak? akak takut terlepas pandang

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM aka BPharm UiTM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps. I have request. For those yang berjaya dapat BPharm UiTM tahniah junior ! Please drop by my blog here CLICK HERE . For those yang reread balik blog ni please drop by my other post here. Hopefully membantu :) Study Tips For Student Student Farmasi Belajar Apa? FAQs For those yang berminat untuk sambung jurusan farmasi (terutama program Ijazah Farmasi), you may need to read this first. Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi  For those yang nak tengok list of training place for Provisional Registered Pharmacist (PRP), you may direct to this link. Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP) For those nak tahu apa budak farmasi belajar klik link ni Student farmasi belajar apa? For those yang nak tahu pengalaman saya dalam hospital attachment click here Pengalaman jadi Pelajar Farmasi Klinikal di Hospital Yang bawah ni pengalaman saya menjalan community attachment di retai

Pengalaman as pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu. Best ke masuk asrama ?

Assalamualaikum. Sekarang tarikh 7 Februari 2019. Umur saya pun dah 23 tahun. Kalau ikutkan, dah 6 tahun mungkin saya tinggalkan zaman sekolah. Btw saya SPM 2013. Post yang saya tulis ni semasa saya baru sahaja selesai menghabiskan zaman sekolah. Maybe tahun 2014. Ada yang request untuk update rujukan. So saya as alumni ANSARA MRSM KKB, sedia membantu hehehehe. Okay, sekarang anak muda ramai yang guna social media kan. Jadi kalau ada parents atau student yang nak tanya apa apa mungkin boleh ajukan pada mereka. Sebarang update terkini juga boleh anda rujuk pada social site MRSM KKB. Saya hanya mampu membantu setakat ini sahaja.  Facebook MRSM KKB Saya dah tengok twitter BWP MRSM KKB, seems like dah lama tak nampak dorang update. Last tweet pun Julai 2018. But maybe dia akan aktif balik ? Mungkin.. But usually I saw their BWP update on instagram. So, maybe insta might be useful? Twitter: https://twitter.com/salamsaudara Instagram: srckukuba_ I hope

Student farmasi belajar apa?

Selamat sejahtera dan Assalamualaikum wbt Hi semua. Surely, ramai yang melawat blog saya ni bercita-cita atau berminat atau nak tahu apa student farmasi belajar. Kalau ada yang tak tahu, Farmasi antara kursus perubatan yang paling pendek dan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan MBBS @ MD (orang kata medicine atau perubatan), pergigian (dentistry) dan veterinar. So kalau kita tengok jangka masa kursus ni selama 5 tahun untuk degree sarjana muda tapi Farmasi hanya 4 tahun sahaja. Tambahan pula gaji yang diberikan juga dikira tinggi dan paling tinggi mungkin? *eh Mungkin disebabkan industri farmaseutikal juga antara industri yang paling untung dan pesat (no 2 dlm dunia), sebab tu profesion sebagai ahli farmasi ni sangat penting dan lumayan. Surely I would say, siapa yang masuk farmasi ni jenis materialistik hahahahahahanat. Okay sejujurnya, aku ni jenis materialistik. Lagi satu, ada hikmah aku tak masuk medik atau dentistry atau veterinar sebab baru tahun ni aku tahu