Skip to main content

Kisah Hantu di Kolej Matrikulasi Selangor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps.




jeng jeng jeng! tajuk macam gempak en ? Hahahaha. Ni nak cerita pengalaman aku sepanjang pengajian kat matriks selangor ni. Hm kalau cerita bab hantu, aku tak pernah nampak. Tapi selalu kena kacau. Hoho. Barang siapa yang suka tidur lewat, maka akan selalu diganggu oleh makhluk makhluk jin jin ni. Mereka memang gemar pada sang burung hantu yang suka stay up memalam. Macam aku ni. hahahahah.

Kalau nak cerita pengalaman nampak hantu ni tak pernah. tapi aku selalu kena tindih aka kena hempap. Ada satu cerita ni berlaku macam ni.

Hari tu , aku tidur agak lewat. Stay up sampai pukul 5.30 pagi ke pukul 5.00 pagi entah tak ingat. Malam tu aku study siapkan kerja tutorial semua. Biasalah bila study ni. Siapkan lah segala lab report semua. Al maklumlah weeked. So aku amek peluang tima weekend ni nak siap kan segala kerja yang menimbun dan cover study dan revise segalanya lah. So malam tu rasa tak berapa nak sedap sangat. Kenkadang dengar lah bunyi pelik pelik. Macam perempuan ketawa heheh. So aku amek earphone pasang lagu kuat kuat. Berbekalkan lampu study. So study lah macam biasa.

Then nak teruskan stay up. Tapi tak larat. tetiba rumet aku sorang ni terjaga then bangun study. Aku tak ngantuk. Tapi kepala aku dah sakit. Yelah stay up lama sangat en. So aku amek keputusan untuk terus baring then tidur. Then aku bermimpi pelik. hahaha mimpi ni sumpah pelik gylaaaa. Aku mimpi madam Kharol *lecturer kimia kuliah* cakap dengan aku ada satu spirit dekat dengan aku ni. Then aku nampak satu makhluk yang besar dan berbulu panjang macam sloth aku pikir warna chestnut terus datang kat aku peluk aku and hempapkan. Aku meronta sebab tak boleh bernafas. Nak gerak badan tak boleh. Separa sedar aku dapat rasakan ada something hempap aku and benda tu lah ! Aku hanya mampu membaca ayat qursi dan doa doa supaya dijauhkan benda tu. 

Pagi tu aku bangun, then aku cerita kat rumet aku. Aku kena hempap, then kawan aku yang pagi tadi bangun dia nampak ada 'benda' dalam bilik lintas dia time dia tengah study. Warna chestnut. And yes! sama macam dalam mimpi aku. Hahahah. 

Then, sepanjang minggu tu, digemparkan kat blok Mira dorang nampak makhluk yang macam dalam mimpi aku. Selalu kena kacau kat tingkap.

*tambahan*

Aku jugak nak cerita, time tu final. Nak dekat final. Kat ws ramai yang viralkan nampak hantu pocong dalam gambar. Yup, memang nampak pocong tu. Budak perempuan ni selfie dengan rumet dia kot. Time tu waktu magrib dalam pukul 8 malam camtu. Sekali check check kat dalam gambar ada pocong pun join sekali. Kat luar tingkap. Haaaa seram tak ? Act, aku nak letak gambar. Tapi gambar missing pulak heh.

Okay ni cerita lain, Time tu nak final exam. Izzati tidur *rumet aku* dia pergi study and tidur kat bilik Raihan. Tengah baring-baring atas katil. Si izzati dia pandang ke penjuru tingkap. Termenung. Fikir stress nak hadap exam. Sekali tutup nampak pocong terbalik tengah pandang dia dari luar tingkap. Gilaaaaa meremang. Si zati terkejut terus kejutkan Raihan suruh tutup tingkap and langsir. Si Raihan dah cuak *sebab dia tak tahu lagi ada pocong kat situ* Semua rumet Raihan dan seram sejuk. Esoknya Zati balik bilik. Then dia cerita nampak pocong. Zati tak bitau pun dia nampak pocong kat Raihan.

Okay ni cerita lain pulak. Aku dengan Zati study kat bilik study Polaris. Tengah stay up *Tak silap aku tengah study week kot* Time tuh dah ramai yang balik bilik. So tinggal aku berdua je dalam bilik tu. Zati plak dah ngantuk gila. Mula-mula aku yang tidur dulu kat atas kerusi. Baring. Dan. Tidur. Then pukul 2 pagi aku bangun tidur then sambung study balik Zati dah ngantuk so dia tidur pulak *macam gilir gilir tidur pun ada gak* Then tengah khusyuk study aku rasa bulu roma aku naik. Tak sedap hati. Aku terdengar bisikan pulak. "Something" tengah bisik bisik dengan aku. Kat telinga kanan. Macam bungi pssst pssst pssst aaaa camtu lah. Aku tak tahu nak describe bunyi tu camna. Yang pasti tengah bisik bisik dengan aku. Pastu time tu aku menghadap tingkap. Hadap kafe Carina.

Tetiba aku dengar bunyi bising kat pintu. Macam nak masuk bilik tu. Tapi tade orang masuk pun. Aku terus amek earphone pasang kat telinga. High volume punya lah! Buat dek. Sambung study. Tapi tak boleh ohh. Tetiba ada benda plak bising kat lokar. *dalam bilik study tu ada lokar besi, sebab bilik study tu pernah jadi bilik budak* Memang kaw kaw kuat. Lokar tu macam kena tendang pun ada gak sedangkan aku dengan zati je kat situ dua orang. Then aku cuba kejutkan Zati. Mak aih tak bangun pulak dia. Aku tanya Zati nak study lagi tak? Kalau tak jom balik. Dan dan aku dengar bunyi something terbang kat siling. Babiekk ! Time tu aku memang jelas dengar, something paranormal tengah menjeritttttt !!!! Bukan menjerit. Cam I dunno how to describe memang kaw kaw seram. Bulu roma aku dah tegak dah. Aku terus kejut Zati. Jom balik ! Dia pun bangun and cepat cepat kemas barang then keluar dari situ. Sampai bilik aku bitau Zati ada benda makhluk halus kacau aku TT_TT   hahahahahah. Tapi aku rasa kisah aku kat MRSM lagi seram kot. Hahaha enjoy yourself kat matriks ! 

Comments

Unknown said…
wuiyo... memang kawkaw kene. stakat ni saya tak kene lagi. hurhur
Miza said…
Agak lahhh hahaah tempat tu agak seram sikit hahaha
S! KoC!K !rFAn said…
Alhamdulillah selama aku
Unknown said…
Cerita dia tadi agak seramlah

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM aka BPharm UiTM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps. I have request. For those yang berjaya dapat BPharm UiTM tahniah junior ! Please drop by my blog here CLICK HERE . For those yang reread balik blog ni please drop by my other post here. Hopefully membantu :) Study Tips For Student Student Farmasi Belajar Apa? FAQs For those yang berminat untuk sambung jurusan farmasi (terutama program Ijazah Farmasi), you may need to read this first. Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi  For those yang nak tengok list of training place for Provisional Registered Pharmacist (PRP), you may direct to this link. Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP) For those nak tahu apa budak farmasi belajar klik link ni Student farmasi belajar apa? For those yang nak tahu pengalaman saya dalam hospital attachment click here Pengalaman jadi Pelajar Farmasi Klinikal di Hospital Yang bawah ni pengalaman saya menjalan community attachment di retai

Pengalaman as pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu. Best ke masuk asrama ?

Assalamualaikum. Sekarang tarikh 7 Februari 2019. Umur saya pun dah 23 tahun. Kalau ikutkan, dah 6 tahun mungkin saya tinggalkan zaman sekolah. Btw saya SPM 2013. Post yang saya tulis ni semasa saya baru sahaja selesai menghabiskan zaman sekolah. Maybe tahun 2014. Ada yang request untuk update rujukan. So saya as alumni ANSARA MRSM KKB, sedia membantu hehehehe. Okay, sekarang anak muda ramai yang guna social media kan. Jadi kalau ada parents atau student yang nak tanya apa apa mungkin boleh ajukan pada mereka. Sebarang update terkini juga boleh anda rujuk pada social site MRSM KKB. Saya hanya mampu membantu setakat ini sahaja.  Facebook MRSM KKB Saya dah tengok twitter BWP MRSM KKB, seems like dah lama tak nampak dorang update. Last tweet pun Julai 2018. But maybe dia akan aktif balik ? Mungkin.. But usually I saw their BWP update on instagram. So, maybe insta might be useful? Twitter: https://twitter.com/salamsaudara Instagram: srckukuba_ I hope

Student farmasi belajar apa?

Selamat sejahtera dan Assalamualaikum wbt Hi semua. Surely, ramai yang melawat blog saya ni bercita-cita atau berminat atau nak tahu apa student farmasi belajar. Kalau ada yang tak tahu, Farmasi antara kursus perubatan yang paling pendek dan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan MBBS @ MD (orang kata medicine atau perubatan), pergigian (dentistry) dan veterinar. So kalau kita tengok jangka masa kursus ni selama 5 tahun untuk degree sarjana muda tapi Farmasi hanya 4 tahun sahaja. Tambahan pula gaji yang diberikan juga dikira tinggi dan paling tinggi mungkin? *eh Mungkin disebabkan industri farmaseutikal juga antara industri yang paling untung dan pesat (no 2 dlm dunia), sebab tu profesion sebagai ahli farmasi ni sangat penting dan lumayan. Surely I would say, siapa yang masuk farmasi ni jenis materialistik hahahahahahanat. Okay sejujurnya, aku ni jenis materialistik. Lagi satu, ada hikmah aku tak masuk medik atau dentistry atau veterinar sebab baru tahun ni aku tahu