Skip to main content

Matrikulasi life

Assalamualaikum. Hye peeps.

Nak tahu pasal matriks ? Klik di bawah
Kolej Matrikulasi Selangor (Part 1)
Kolej Matrikulasi Selangor (Part 2)
Kolej Matrikulasi Selangor (Part 3)
Kolej Matrikulasi Selangor (Part 4)
Kolej Matrikulasi Selangor (Part 5)

Aku rasa aku dah post banyak sangat pasal matriks ni uhm well. Sebab cuti, better aku update blog aku bebanyak kahkah



Okay, sepanjang aku kat matriks ni life aku okay ttu okay lah. Nak kata jadual padat aku rasa time aku sekolah lagi padat. hahahahaha. Siapa sini sekolah asrama angkat kaki.

Tapiii. Kalau yang bukan sekolah asrama tu maybe akan culture shock gila babeng sebab jadual yang packed. Penat. Kelas dari pagi sampai lah ke petang. Oh well, dalam menuntut ilmu mana ada benda yang senang kan ? Kena berkorban :) Tak ada pun dalam dunia ni kejayaan nak dapat senang senang je. Siapa yang tak tahan duduk matriks tu fikir balik apa benda je senang ? Life kat matriks ni pun kira bersyukur lah ada orang tengok tengok kan kau lagi tahu ? Lecturers kat sini semuanya sangat lah concern dengan students. Cuba korang masuk uni tak ada siapa kisah sama kamu tau. Dapat result teruk takde siapa kisah lewlssss. Korang just fikir lah, you have a year, a precious year to pursue your bachelor. Setahun tu tak lama pun. Pejam celik pejam celik setahun tu dah habis dah.

Nasihat buat adik adik tu, kalau masuk belajar ni tak payah lah nak bercinta. Bersabar kay sampai masuk uni. Kalau korang gagal kat matriks korang dah bazirkan masa korang kena amek diploma pulak. Dah lah gagal, menyusahkan mak bapak pulak. Lols. Jadi sesiapa yang tak kisah lah masuk matriks ke asasi ke, fikir lah study tu tak lama pun. Sekejap je. Dua sem je pun. Aku yang duduk matriks ni, even result tak gempak macam budak asasi, tapi dorang semua ni pandai pandai. Sebab time spm dorang main main. Kira yang masuk matriks ni macam nak tebus balik lah result spm dorang. Aku yang dulu spm boleh tahan pulak macam kecundang kahkah.

Ada sebab sebab tertentu kenapa aku pilih matriks. Bukan sebab aku tak dapat UPU ke apa, tapi sebab benda lain. UPU aku dapat asasi sains Uitm. Tapi sebab kecewa tak dapat UM, and tak sanggup naik tangga yang curam gila tu, aku pilih matriks. Tapi bukan sebab faktor ni je, tapi sebab lain ahaks. Ada benda yang korang maybe tak nampak lagi.

Sebelum masuk matriks ni, aku survey lah dulu. Matriks ni life dia sama macam boarding school. Spoonfeed. Nota dah disediakan. Just masuk portal, then print. Senang kan ? haha. Then kedua, jadual sini packed. So bila packed maksud nya kelas full lah kan. Kalau kelas full, means lecturer punya guide tu banyak. Kalau pergi uni, tutorial 1 credit hour je. Tapi matriks tutorial sampai 2 credit hours. Dalam satu kelas pun tak ramai. My class 16 orang je. Bahagia kan ? Lecturer kenal semua students dia. And lecturer boleh fokus sorang sorang. Nak tanya soalan pun senang. Lecturer pun sayang lewlsssss.

Sini kalau tutorial tak siap kena marah and ada certain kena denda, Kalau camtu korang akan memaksa diri korang untuk siapkan. Paling tak pun korang akan tiru. And korang for sure akan study sekali revise balik. sebab tu mostly budak matriks skor. Bukan sebab soalan senang ke apa, tapi sebab sistem dia.Lagi pun yang sediakan syllabus matrikulasi under KPM ni bukan lecturer matriks, tapi lecturer university. Selalu research uni yang sediakan. Kalau tak silap lah. Macam UPM, UM, UKM etc. Then soalan exam matriks under KPM ni pun disediakan oleh lecturer uni. So tade sebab korang nak kata kami matriks skor sebab dapat soalan bocor. Penanda kertas exam pun bukan lecturer matriks masing masing tapi lecturer uni and lecturer dari matriks lain. Agak complicated en ? Tapi ni lah dia.

Then matriks ni akan buat peperiksaan MUET untuk students dia. So korang tak perlu susah susah nak daftar MUET. Sebab matriks yang akan daftarkan. Jadi jangan risau lah. Sebab kalau asasi sains Uitm dorang kena daftar sendiri. Jadi calon persendirian. So pepandai lah. hahaha. Lagi satu, kenapa tak pilih asasi Uitm, sebab asasi Uitm masih baru. So bila benda baru ni payah sikit. Sebab marking dorang pun tak berapa nak meyakinkan haha. Sebab tu pilih matriks. Sebab matriks ni dah lama.

And sebab lain pilih matriks, sebab masuk matriks pun ada peluang belajar overseas. Contohnya hantar students lepasan matrikulasi ke overseas untuk jadi lecturer matriks under KPM. And result matriks boleh digunakan untuk sambung degree ke overseas. Antara uni nya University of Manchester, Sydney University, University of Auckland, University of Adelaide and banyak lagi lah. Ada my senior yang dapat tawaran belajar medic ke Indonesia oleh JPA even though dia tak mohon pun. So kalau ada rezeki dapat lah kan ? :)

And mostly yang masuk matriks ni akan skor and dorang dapat masuk research University. Lucky sangat. So mari lah kita beramai ramai masuk matriks hahahahahaha.

Macam mana cara aku belajar ? Aku suka buat consultancy dengan lecturers aku. And soalan past year aku akan buat. Siapkan tutorial. Baca notes before masuk kelas. And sediakan notes paling effective. Notes aku buat tu kecik je. Aku potong kertas A4 kepada 4 bahagian siap siap. Ala guna pisau harga 50 sen tu je. Punch kat penjuru kertas. Then amek ring besi compile kan. Senang je. Kalau nak baca kat mana mana pun mudah sebab kecik. And aku tak prefer korang tulis atas kertas warna warni. Better putih. And aku beli pen papermate yang ada 5 warna tu so nak baca notes pun sedap mata memandang. Haha. But pastikan kena maintain lah. Jangan lah fed up pastu terus tak buat. Memang terus terang aku cakap tak ada pendirian lah. Tapi kalau selesa guna buku notes kecik tu dipersilakan. haha. selalu notes aku ni pun kawan aku suka baca :P sebab notes tu aku amek time lecture. So memang hanya isi penting je ada dalam tu. Jadi korang kena pandai pandai lah amek notes ye.

Kadang kadang lecturer ajar laju, so slide yang ada tu sempat amek gambar. Pastu nanti tulis balik dalam notes. lewlsssss. Kay tu je bye

Comments

Monkey jang said…
Salam sis ^^ sis batch 2014/2015 kan ? Nak tanya pasal cara berpakaian kat KMS from head to toe ..kene pakai PVC shoes ke ? How bout jubah ? Apa yg diperlukan sgat sgat kat KMS ni ? 😂😂 harap sis dpt reply or buat entry pasal ni ..maybe ramai junior sis yg nak tahu pasal etika kat KMS
Miza said…
wasalam dik. Thanks sebab sudi baca blog akak. haha. Sekarang ni matriks selangor dah tak boleh pakai jubah. Tak boleh pakai maxi ke, dress ke. Baju kurung only. Tudung boleh lah pakai pape. Tak pakai tudung pun dibenarkan. But better pakai lah. Kasut kena pakai kasut hitam pvc jerp. Apa yang diperlukan ? Beli test pad banyak banyak. Buku tulis panjang. File. Puncher. Pen banyak.
Unknown said…
Salam kak , nak tanya ni . Kat matriks ni kita boleh berniaga tak ? Means . Jual top-up kat kawan2...jual makanan bungkus2 or whatever like minuman kotak . Boleh tak ?
Miza said…
Waktu zaman akak tade plak dia kuatkuasakan apa apa. Ada je and ramai yang berniaga tudung lah baju lah makanan lah topup lah. So basically okay kalu nak berniaga. Benda paling penting jual makanan! Sb dorang ni suka jadi burung hantu memalam study buat kerja.
Aslm kak nk tanya saya dpt matrik 2016/17 apa pointer minima nk sambung coz perubatan dlm matrik serta mohon tip2 utk dot 4flat dlm matrik
Akak soalan matrik ni digubal oleh lecturer yg ajar kita atau digubal oleh kpm
Markah matrik ni constant ke berubah mcm spm
Saya dgr org kata kalo dpt 4flat pun blm tentu dpt ambk medic betul ke kak??
Saya dpt matrik selangot gak kak
Matrik ni senanya senang nk skor ke pada pengalaman akak belajar
Miza said…
Wasalam. Pointer minima senang cerita trybdapat kan 4 flat. Sb sekarang ramai budak budak dapat 4flat.tapi kawan akak ada je yang tak 4flat sambung medik kat ukm. Sb dia perform time interview. Kalau result spm gempak pun lagi bagus. Muet band 4
Miza said…
Soalan digubal oleh lecturers universiti. Markah matriks ni macam spm ada naik turun graf. Kalau tak ramai skor so graf turun. Kalau ramainskor graf naik. Yeap, tak tentu dapat 4 flat. Tengok gak interview, result spm and muet. Nak kata senang skor ke tak, sejak akak masuk degree ni, akak jumpa budak asasi uitm dorang lagi senang skor. Senang dapat 4 flat. Kenkadang rasa tak aci gak haha. Cuma to a certain extent masuk matriks lebih untung sb kite ada guide daripada lecturers, kita lebih banyak struggle and sb tu boleh skor. Nak kata senang skor tu tak lah sangat sb waktu mid term result kitorang tak gempak pun. Tapi final yang bantu sb ada graf tu. To conclude, kalau rajin study tak main main, buat tutorial semua akan berjaya ya. Kalau malas takkan skor
Miza said…
I mean tak tentu dapat 4 flat dapat medik
Terima kasih kak
Doakan saya agar mampu menghadapi kehidupan matrik
Semoga akak berjaya dunia akhirat amin
Anonymous said…
aslm kak nak tanya dkt sana ada jawatan apa yg boleh kita ambik & jawatan tu boleh carry mark byk ke?
Anonymous said…
lupa nak tanya kat sana ada jawatan berkaitan keusahawanan mcm PUM OR ALK tak?
Miza said…
hai anonymous. tak ada. tapi boleh lah tubuhkan. jadi pengerusi. dapat markah koko :)
syahirah said…
assalam akak.. sy nak tanya. student yang ambik course akaun kat situ slalunya life dorg mcm mana eh? senang tk dorg dpt 4flat?
aaaaa said…
Subjek utk jurusan akaun apa ye kt matriks

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM aka BPharm UiTM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps. I have request. For those yang berjaya dapat BPharm UiTM tahniah junior ! Please drop by my blog here CLICK HERE . For those yang reread balik blog ni please drop by my other post here. Hopefully membantu :) Study Tips For Student Student Farmasi Belajar Apa? FAQs For those yang berminat untuk sambung jurusan farmasi (terutama program Ijazah Farmasi), you may need to read this first. Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi  For those yang nak tengok list of training place for Provisional Registered Pharmacist (PRP), you may direct to this link. Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP) For those nak tahu apa budak farmasi belajar klik link ni Student farmasi belajar apa? For those yang nak tahu pengalaman saya dalam hospital attachment click here Pengalaman jadi Pelajar Farmasi Klinikal di Hospital Yang bawah ni pengalaman saya menjalan community attachment di retai

Pengalaman as pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu. Best ke masuk asrama ?

Assalamualaikum. Sekarang tarikh 7 Februari 2019. Umur saya pun dah 23 tahun. Kalau ikutkan, dah 6 tahun mungkin saya tinggalkan zaman sekolah. Btw saya SPM 2013. Post yang saya tulis ni semasa saya baru sahaja selesai menghabiskan zaman sekolah. Maybe tahun 2014. Ada yang request untuk update rujukan. So saya as alumni ANSARA MRSM KKB, sedia membantu hehehehe. Okay, sekarang anak muda ramai yang guna social media kan. Jadi kalau ada parents atau student yang nak tanya apa apa mungkin boleh ajukan pada mereka. Sebarang update terkini juga boleh anda rujuk pada social site MRSM KKB. Saya hanya mampu membantu setakat ini sahaja.  Facebook MRSM KKB Saya dah tengok twitter BWP MRSM KKB, seems like dah lama tak nampak dorang update. Last tweet pun Julai 2018. But maybe dia akan aktif balik ? Mungkin.. But usually I saw their BWP update on instagram. So, maybe insta might be useful? Twitter: https://twitter.com/salamsaudara Instagram: srckukuba_ I hope

Student farmasi belajar apa?

Selamat sejahtera dan Assalamualaikum wbt Hi semua. Surely, ramai yang melawat blog saya ni bercita-cita atau berminat atau nak tahu apa student farmasi belajar. Kalau ada yang tak tahu, Farmasi antara kursus perubatan yang paling pendek dan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan MBBS @ MD (orang kata medicine atau perubatan), pergigian (dentistry) dan veterinar. So kalau kita tengok jangka masa kursus ni selama 5 tahun untuk degree sarjana muda tapi Farmasi hanya 4 tahun sahaja. Tambahan pula gaji yang diberikan juga dikira tinggi dan paling tinggi mungkin? *eh Mungkin disebabkan industri farmaseutikal juga antara industri yang paling untung dan pesat (no 2 dlm dunia), sebab tu profesion sebagai ahli farmasi ni sangat penting dan lumayan. Surely I would say, siapa yang masuk farmasi ni jenis materialistik hahahahahahanat. Okay sejujurnya, aku ni jenis materialistik. Lagi satu, ada hikmah aku tak masuk medik atau dentistry atau veterinar sebab baru tahun ni aku tahu