Skip to main content

Kolej Matrikulasi Selangor (Part 4)

Assalamualaikum. Hye peeps.

Dah baca entry sebelum ? Klik di bawah untuk entry sebelum :D

Kolej Matrikulasi Selangor (Part 1)
Kolej Matrikulasi Selangor (Part 2)
Kolej Matrikulasi Selangor (Part 3)

Okay, ni nak bitau apa yang special kat Banting. Lewlssss.



Tade apa yang special. Beruntung korang Banting dah membangun sikit. Kalau nak keluar ke Banting boleh lah beli barang dekat speedmart ke. Kalau nak beli barang barang makanan or sabun ke dah habis boleh pergi Banting baru. Situ pun ada coolblog sekali. Nak beli barang cam bakul letak baju busuk ke, baldi ke, tempat sangkut tudung banyak banyak and so on kat situ ada. Murah murah hiks.

Kalau rasa nak berjalan sikit, pergi Bandar Banting. Ada The Store. Naik teksi tambang RM12 satu trip. Kongsi lah 4 orang. Banting ada MacDonald, Domino, KFC, Secret Recipe and etc. Ada Econsave. Tapi main student pergi The Store. Ada TenTen juga. Kedai situ jual barang murah murah terutamanya baju. Nak nak plak time sale hari tu aku pergi. 50% discount. Kahkah memang habis duit beli situ je lah.

Then, kalau rasa nak lepak lepak berseronok. Boleh naik bas pergi ke Bukit Tinggi. Pergi Aeon. Main bowling ke tengok wayang. Tapi kalau aku malas sebab penat lol. Bayar tiket bas RM3. Perjalanan sejam. Kot.

Ouh okay ni nak cerita pasal how to go back from KMS. Yeahh. Terutamanya yang duduk selangor KL je. Okay. Kalau nak naik ktm, boleh lah naik teksi pergi ke Pekan Banting. Amek bas ke Klang, then turun kat Klang jalan sikit sampai Ktm. Tambang RM3.00. Perjalanan makan masa sikit. Dulu akak pernah kena berdiri 2 jam setengah and berhimpit himpit macam pfffttttt.

Untuk cara lain boleh naik bas ke Putrajaya. Naik ERL. Tambang RM5.50. Then nak pergi KL Sentral tambang RM9.50. Cepat sikit naik bas ke Putrajaya. Sebab dia tak banyak berhenti heheh.

And kalau nak naik flight or pergi KLIA naik bas ke KLIA. Tambang tak tahu berapa.

Then kalau nak naik teksi terus ke Klang bayar RM50 satu trip. Lewlssss.

So pepandai bajet masa ye.

Lepas dah berapa lama, nanti akan ada perkhidmatan bas dari KMS terus ke negeri masing masing. Naik PlusLiner. So korang tak perlu risau nak cari tiket bas. Nak naik teksi ke apa ke. Sebab KMS ni sangat concern dengan kebajikan students dia. Yelah. Duduk ceruk en. Memey laaa. And last sem ni akak naik bas terus ke KL Sentral. Sekali dengan budak turun TBS. Murah je . RM15. Berbaloi peee. Takyah penat penat nak naik turun bas berdiri bagai. Tapi kalau nak jimat kos boleh tumpang parents kawan pergi ke ktm lah.

Next post. Kolej Matrikulasi Selangor (Part 5)

Comments

Anonymous said…
Akak nak tanya la kalau outing pakai baju ape ye ? Baju kurung ek?
Miza said…
waktu talkimat akak dulu, dorang suruh pakai baju kolej. tapi biasalah budak budak. ikut kepala sendiri. so baju bebas outing :)
Unknown said…
Akak, tumpang tanya. Ada ke bas terus ke kl sentral? :-D
Miza said…
Hai adik, kalau dari banting orang kata ada bas terus. Tapi akak tak pernah nampak lagi lah bas nya haha :D tapi, kalau cuti panjang selalu akan ada bas sewa dari kolej terus ke kl sentral
Unknown said…
Ohh okay... Thank you akak :D
ashraff said…
Akak, klu dari kl nk blk kms camne dgn bas?
ashraff said…
Akak, klu dari kl nk blk kms camne dgn bas?
Miza said…
Kalau nak balik kl naik bas akak tak pernah. Tapi ada je bas.pergi stesen bas kat banting. Then naik bas ke kl. Nanti dia akan hala ke pasar seni. So boleh turun kat kl sentral. Tapi lama lah
Miza said…
Kalau nak balik kl naik bas akak tak pernah. Tapi ada je bas.pergi stesen bas kat banting. Then naik bas ke kl. Nanti dia akan hala ke pasar seni. So boleh turun kat kl sentral. Tapi lama lah
Anonymous said…
akak, bilik tutorial tu kelas kita ke? Ada loker tak utk student kat dlm bilik tutorial?
Miza said…
Tak awak. Tade kelas spesifik pun. And tade lokar. Tak sama dengan sekolah
Zahira said…
Saya dah baca ke-empat2 part fasal matrikulasi ni. Terima kasih sangat akak sebab buat blog ni. Sangat membantu untuk batch yg seterusnya. Much love -zahira- 😙
Anonymous said…
akak , nak tnya . ktm mana yg paling dkt dgn banting eh ?
Anonymous said…
kak klau outing hari ap n dr pukul berapa ke pkl berapa ?

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM aka BPharm UiTM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps. I have request. For those yang berjaya dapat BPharm UiTM tahniah junior ! Please drop by my blog here CLICK HERE . For those yang reread balik blog ni please drop by my other post here. Hopefully membantu :) Study Tips For Student Student Farmasi Belajar Apa? FAQs For those yang berminat untuk sambung jurusan farmasi (terutama program Ijazah Farmasi), you may need to read this first. Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi  For those yang nak tengok list of training place for Provisional Registered Pharmacist (PRP), you may direct to this link. Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP) For those nak tahu apa budak farmasi belajar klik link ni Student farmasi belajar apa? For those yang nak tahu pengalaman saya dalam hospital attachment click here Pengalaman jadi Pelajar Farmasi Klinikal di Hospital Yang bawah ni pengalaman saya menjalan community attachment di retai

Pengalaman as pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu. Best ke masuk asrama ?

Assalamualaikum. Sekarang tarikh 7 Februari 2019. Umur saya pun dah 23 tahun. Kalau ikutkan, dah 6 tahun mungkin saya tinggalkan zaman sekolah. Btw saya SPM 2013. Post yang saya tulis ni semasa saya baru sahaja selesai menghabiskan zaman sekolah. Maybe tahun 2014. Ada yang request untuk update rujukan. So saya as alumni ANSARA MRSM KKB, sedia membantu hehehehe. Okay, sekarang anak muda ramai yang guna social media kan. Jadi kalau ada parents atau student yang nak tanya apa apa mungkin boleh ajukan pada mereka. Sebarang update terkini juga boleh anda rujuk pada social site MRSM KKB. Saya hanya mampu membantu setakat ini sahaja.  Facebook MRSM KKB Saya dah tengok twitter BWP MRSM KKB, seems like dah lama tak nampak dorang update. Last tweet pun Julai 2018. But maybe dia akan aktif balik ? Mungkin.. But usually I saw their BWP update on instagram. So, maybe insta might be useful? Twitter: https://twitter.com/salamsaudara Instagram: srckukuba_ I hope

Student farmasi belajar apa?

Selamat sejahtera dan Assalamualaikum wbt Hi semua. Surely, ramai yang melawat blog saya ni bercita-cita atau berminat atau nak tahu apa student farmasi belajar. Kalau ada yang tak tahu, Farmasi antara kursus perubatan yang paling pendek dan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan MBBS @ MD (orang kata medicine atau perubatan), pergigian (dentistry) dan veterinar. So kalau kita tengok jangka masa kursus ni selama 5 tahun untuk degree sarjana muda tapi Farmasi hanya 4 tahun sahaja. Tambahan pula gaji yang diberikan juga dikira tinggi dan paling tinggi mungkin? *eh Mungkin disebabkan industri farmaseutikal juga antara industri yang paling untung dan pesat (no 2 dlm dunia), sebab tu profesion sebagai ahli farmasi ni sangat penting dan lumayan. Surely I would say, siapa yang masuk farmasi ni jenis materialistik hahahahahahanat. Okay sejujurnya, aku ni jenis materialistik. Lagi satu, ada hikmah aku tak masuk medik atau dentistry atau veterinar sebab baru tahun ni aku tahu