Assalamualaikum.
Haha okay ni baru online pakai lappy. Okay Isnin ni dah gerak pergi Banting dah. Masuk Kolej Matrikulasi Selangor. Apa ? Terkejut sebab aku masuk Banting. Err. Diam. Jangan nak terkejut sangat. Yelah orang selalu kata asal bukan PALAM ??? Kau kan pandai lah apa lah. Dapat PALAM lagi okay. Lagi senang. Matriks tough. Em yup tak dinafikan.
Okay lah sebab kenapa aku pilih matriks sebab aku rasa yang ni pilhan yan terbaik. Eventhough senior cikgu, mak cik pakcik semua sarankan masuk asasi entah aku nak jugak matriks. AHAHA. After solat istikharah semua. Aku rasa matriks yang terbaik. Okay noktah.
Btw sekarang semua digemparkan dengan keputusan tajaan MARA dan JPA. Dukacita dimaklumkan aku tak dapat dua dua. Haa. Sedih en. Okay kawan aku yang dapat Adib masuk INTEC persediaan oversea course PERGIGIAN. Dia aku kenal time kat UM. Kitorang satu group. Dah ah dapat UM. Pastu dapat MARA. Untung dia. Overseas plak tu. Rezeki kan.. Then Kecik dapat Accountancy overseas. Hasnina Science and technology persediaan kat KKTM Ledang. dia pun overseas. Then Izzah Husziabidi CUCMS Local amek Medic. Marissa Adreena dapat geoscience. Dia masuk Kolej MARA Seremban. Amelia dapat mana entah lupa. hahahaa. Ramai gak dapat aku kira kira. Hm.
Okay actuallytajuk tu tade kena mengena pun. Nak cerita pasal path way yang kita ada sekrang.
Segala rezeki, hidup, mati, jodoh dah tertulis di Luh Mahfuz. Kalau kau jodoh dengan sifulan. Sifulan je lah jodoh kau. Walaupun kau lari ke hujung dunia sekali pun *hiperbola, maaf* kau tetap kahwin dengan dia. Walaupun kau sayang mana sekali pun, kau pertahankan relationship tu, tapi kalau tade jodoh dengan dia, memang tak ada lah jodoh. Jadi nak cakap kat sini, rezeki semua Allah dah tentukan. Walau hebat mana pun result SPM kita, tetiba tak dapat scholarship MARA, sebab tak ada rezeki lah tu. Jadi, kita kena percaya yang rezeki Allah di mana mana. So percaya lah pada Allah.
Sebagai contoh macam aku ni haa. Even dapat straight As pun tak menjanjikan apa apa. Marissa Adreena even slek kat chemist dapat B+ tapi dia dapat MARA babe. Overseas lagi. See ? Memang rezeki dia kan... So korang nanti adik adik yang dapat straight As tu jangan terlalu konfiden korang akan dapat apa apa. Sekarang ni competitive tinggi. Memang apa apa pun kena compete. Lepas tu siapa yang tak dapat straight As jangan mudah mengalah. Percaya lah rezeki Allah tu di mana mana. Ada lah rezeki korang nanti. Just berusaha, doa dan tawakkal lah. In shaa Allah ada lah tu rezeki nya.
Manusia ni mudah lupa. Lepas dapat apa yang dia nak. Terus lupa pada Allah. Bongkak. Riak. Takabbur. #NoteToSelf. Jadi, jangan mudah alpa. Apa apa jadi. Semuanya kerana Allah. Kun fayakun. Kalau Allah kata jadi, maka jadi lah. Okay. Assalamualaikum.
Comments