Skip to main content

Pengalaman Interview JPA Kejuruteraan Jerman Perancis Korea dan Jepun

Assalamualaikum. Hye peeps. Haloo haloo. Lama kita tidak ketemu. hehe.

Okay nak share. Saya pergi SAC JPA. Ha apa tu SAC ? Ni yang nak habaq mai ni. SAC tu maksudnya Student Assesment Center. SAC ni lebih kurang macam MUET lah. Nak tengok keupayaan kita berkomunikasi dalam kumpulan, how to make strategy and so on. So sesiapa nanti mohon scholarship untuk engineering ke Jerman Perancis Jepun atau Korea. Korang kena jalani SAC ni. Okay.

Hari tu saya bangun lambat sikit. Kononnya nak bertolak dari rumah ke Uniten jam 5.30 pagi, tapi saya  terbangun jam 5 pagi. So bangun terus mandi. Baju memang dah siap iron dah. Pakai baju warna hijau. (tak ada gambar) Lepas tu kakak pulak mandi then abah pulak. Jam 5.30 pagi tu dah siap dah, dah siap siap ambil wudhu gak. So nanti takyah susah susah nak amek wudhu lagi kalau nak solat. Tapi abah kakak tak siap lagi. Then jam 5.50 pagi dah tetiba azan. Haihhh. Solat lah dulu.

*awat tak cerita straight to the point?*

Suka hati aku lah. Blog aku, aku nak cerita.

Then solat lah dulu. Lepas solat terus jalan. Pukul 6 pagi camtu lah. Ouh sebelum tu dah bawak dah fail semua dengan sijil sijil bagai ehehe.

Then abah drive pergi KL Sentral dulu. Nak drop kakak so bye bye. Lepas tu terus drive pergi UNITEN.

Sampai Uniten dalam jam 7.30 pagi. Pastu sesat tak tahu mana tempat interview. HAHA. Seriously UNITEN tu OH MY BESAR. Cantik ah. Boleh tahan. Nice. Hehe. Then sampai dekat satu bangunan ni. ada papan tanda kata Interview Biasiswa. Ingat JPA punya. Rupanya tak. Huh -.- Buang masa je. Pastu rupa rupanya dekat bangunan nun jauh kat belakang. Kat Kolej Teknologi Maklumat. Then drive lah kereta.

*Lama muqadimah*

*sigh*

Okay lah. Lepas tu daftar amek tag no then. *Bila nak start ni?*

Okay lah straight to the point. Saya dapat kelompok 6. Kelompok 6 ni kak aras 1. Then satu kelompok ada 30 orang. Kitorang kena bahagi 3 kumpulan. Pastu ada 3 sesi. Sesi yang pertama sekali kitorang kena mind game. Kiranya kena fikir strategi menyelesaikan masalah. Best. Saya dapat group sekali dengan sorang budak Cina lagi sorang melayu. Yang Melayu tu bekas budak SASER. Haha rasa macam budak paling bodoh kat situ ehehehe. Soalan yang ditanya kena isi 9 kotak dengan nombor 1 hingga 9 tanpa pengulangan. tapi dalam satu baris tu mesti total sama dengan 15. Then soalan kedua tanya pasal operasi yang digunakan. Soalan  last lagi lah macam apa je. Pasal jarak yang lalat tu terbang. Hahaha ni kelakar. Soalan dia panjang. And we have fun. hehe.

Then dah habis sesi mind game. Kitorang pergi bilik lain pulak. Sepanjang masa SAC ni kitorang tak dibenarkan ke toilet atau makan minum. Sedih kan ? haha. Then sesi kedua ada perdebatan. Kitorang kena bahagi dua group. Satu group pencadang lagi satu pembangkang. So saya dalam group pembangkang ehehe ! Pengacara tanya siapa pernah berdebat. Tak ada siapa mengaku. Hoho. Walhal say pernah berdebat. Hehehe. Then usul yang dicadangkan 

KERUNTUHAN MORAL REMAJA DISEBABKAN OLEH MEDIA MASSA

So kitorang pun bincang bincang. Tak tahu nak cakap apa. Nak bincang isi pun tak tahu. haha. Pastu time first first tu saya merepek macam apa je haha. Then berdebat debat debat, seronok tau. Tapi macam group saya ni macam tak bertenaga. Tak tahu asal. AHhahahaha. Then last last senyap. Semua taknak cakap. Nak akhiri dengan segera. Ehehe. Then panel suruh perkenalkan diri, jawatan di sekolah apa and macam macam lagi lah. Sebab nak mengisi masa lapang yang ada. Oh ya. Lupa nak bitau yang saya punya group hanya ada 6 orang je. Sikit en ? Ada sorang tu sesat masuk group kitorang sebab dia tak datang hari isnin hari tu. Tangguh katanya. Then sorang pompuan India namanya Sarhan *tak silap* , Cina tu apa entah nama dia, Pastu ada budak sekolah sains Selangor namanya Fais. 

Group saya 5 orang nak amek mekanikal engineering termasuk saya lettuww. Then yang Sarhan nak amek chemical engineering. 5 orang nak pergi Jerman *termasuk saya lettuww* Then sorang sesat nak pergi Korea. Ala budak UTP tu. 

Okay back to our topic, then habis sesi 2 terus pergi sesi 3. Yang last punya lah ni. Kitorang kena bincang pasal isu CLIMATE CHANGES. Yang ni fully english. Ahahah tak prepare pape langsung pun pasal benda ni. Kitorang bincang isu semua. Then bahagi bahagi isi. Saya dapat causes of climate change. Pasal petroleum and CFC. Tapi saya tak tahu nak olah idea ni *siot tol* India tu dah amek isi dulu dah. Dia senang ah amek open burning dengan deforestation. Haha. So perhatian, korang kena amek isi awal awal dulu eh. Hehe.

Then terang terang terang. Kitorang minimum masa diberi seorang hanya 4 minit. Tapi saya sekejap je cakap. Hahaha. Then habis sesi. Dia pun suruh terangkan pasal diri sendiri and major nak amek. Pastu time giliran saya, dia tanya tahu tak nak pergi Uni mana? Tahu berbahasa Jerman tak ? Saya cakap sikit sikit. Then dia suruh cakap Jerman. So saya cakap ah

Bitte Langsam ----> Perlahan lahan

Icht namae Miza Hayani ----> Nama saya Miza hayani

Hehehe . Okay tu je. So sesiapa nanti nak pergi Interview prepare okay !

Comments

Iqmalafifuddin said…
Hye !

terima kasih sangat untuk penerangan tentang sac tuh. saya dpt panggilan untuk menghadiri sac pada thun ini di melaka. saya nak tanya , kalkulator saintifik perlu bawak ker sbb saya punya kalkulator dah hilang ke mana dah.haha.. lagy stu, dia ade suruh explain tk kenapa nk amek engineering kt german ?

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM aka BPharm UiTM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps. I have request. For those yang berjaya dapat BPharm UiTM tahniah junior ! Please drop by my blog here CLICK HERE . For those yang reread balik blog ni please drop by my other post here. Hopefully membantu :) Study Tips For Student Student Farmasi Belajar Apa? FAQs For those yang berminat untuk sambung jurusan farmasi (terutama program Ijazah Farmasi), you may need to read this first. Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi  For those yang nak tengok list of training place for Provisional Registered Pharmacist (PRP), you may direct to this link. Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP) For those nak tahu apa budak farmasi belajar klik link ni Student farmasi belajar apa? For those yang nak tahu pengalaman saya dalam hospital attachment click here Pengalaman jadi Pelajar Farmasi Klinikal di Hospital Yang bawah ni pengalaman saya menjalan community attachment di retai

Pengalaman as pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu. Best ke masuk asrama ?

Assalamualaikum. Sekarang tarikh 7 Februari 2019. Umur saya pun dah 23 tahun. Kalau ikutkan, dah 6 tahun mungkin saya tinggalkan zaman sekolah. Btw saya SPM 2013. Post yang saya tulis ni semasa saya baru sahaja selesai menghabiskan zaman sekolah. Maybe tahun 2014. Ada yang request untuk update rujukan. So saya as alumni ANSARA MRSM KKB, sedia membantu hehehehe. Okay, sekarang anak muda ramai yang guna social media kan. Jadi kalau ada parents atau student yang nak tanya apa apa mungkin boleh ajukan pada mereka. Sebarang update terkini juga boleh anda rujuk pada social site MRSM KKB. Saya hanya mampu membantu setakat ini sahaja.  Facebook MRSM KKB Saya dah tengok twitter BWP MRSM KKB, seems like dah lama tak nampak dorang update. Last tweet pun Julai 2018. But maybe dia akan aktif balik ? Mungkin.. But usually I saw their BWP update on instagram. So, maybe insta might be useful? Twitter: https://twitter.com/salamsaudara Instagram: srckukuba_ I hope

Student farmasi belajar apa?

Selamat sejahtera dan Assalamualaikum wbt Hi semua. Surely, ramai yang melawat blog saya ni bercita-cita atau berminat atau nak tahu apa student farmasi belajar. Kalau ada yang tak tahu, Farmasi antara kursus perubatan yang paling pendek dan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan MBBS @ MD (orang kata medicine atau perubatan), pergigian (dentistry) dan veterinar. So kalau kita tengok jangka masa kursus ni selama 5 tahun untuk degree sarjana muda tapi Farmasi hanya 4 tahun sahaja. Tambahan pula gaji yang diberikan juga dikira tinggi dan paling tinggi mungkin? *eh Mungkin disebabkan industri farmaseutikal juga antara industri yang paling untung dan pesat (no 2 dlm dunia), sebab tu profesion sebagai ahli farmasi ni sangat penting dan lumayan. Surely I would say, siapa yang masuk farmasi ni jenis materialistik hahahahahahanat. Okay sejujurnya, aku ni jenis materialistik. Lagi satu, ada hikmah aku tak masuk medik atau dentistry atau veterinar sebab baru tahun ni aku tahu