|
Antara peserta Minggu Bahasa |
Minggu Bahasa? Oh, mestilah ingat.. sure nyer ingat.. Tanggal 8 - 12 JULAI 2010 merupakan Minggu Bahasa + Debat MRSM se-Malaysia buat kali pertamanya dalam sejarah ! wow ! Jadi agak bangga sikit lah maktab kami terpilih sebagai tuan rumah untuk minggu bahasa dan debat MRSM se- Malaysia iaitu peringkat kebangsaan.
Bila dah ada event penting macam ini, pihak maktab terpaksa lah bertungkus lumus untuk menaikkan nama maktab kami. Macam2 jugak lah buat. Bila jadi tuan rumah baru lah nak buat macam2. Selama ini kelas kami tak dicat pun. Boleh lah nampak corak2 yang kami ukir didinding(conteng dindinglah). hehehe.. siap pakai cat nippon paint lagi !! huh. Siap yang kena keluarkan duit? mestilah orang2 yang menuntut di MRSM KKB !! nak ikut kan hati tak nak pun keluarkan se-sen pun.. tapi disebabkan ingin menjaga nama maktab redha je lah.. HAHA.
Mula2 tu.. kalau tidak saya tak dapat jadi sukarelawan. Tapi disebabkan terlalu suka + rela. Saya sanggup mencari pengganti yang tak ingin mengambil bahagian dalam acara ini. Siap merayu-rayu lagi dengan orang tu. fuh. lega rasanya bila dah dapat. ehehe. Pelajar yang tidak terlibat dalam acara ini dibenarkan pulang bermalam selama 5 hari ! Lama tu... Maksudnya dua hari sebelum event tersebut bemula.
Tanggal 6 Julai 2010 semua pelajar dibenarkan pulang kecuali pelajar yang terlibat iaitu peserta Minggu Bahasa zon barat, peserta debat (4 orang debat BM & 4 0rang debat BI), PUM dan sukarelawan yang lain. Jumlah ke semua sukarelawan ialah 200 lebih tak silap saya. Roommate saya sepanjang minggu bahasa ada 5 orang. Seorang f1 dan 4 orang f2. Waktu time minggu bahasa lah paling best sekali kerana seolah-olah maktab itu kami yang punya. Kami bebas melakukan aktiviti dan yang paling menyeronokkan penggunaan phone berleluasa! Selamba jerr pamerkan barang haram(contoh phone) depan cikgu sebab kiteorang tahu cikgu takkan rampas punyerr.. lagi pun phone jugak memainkan peranan penting kalau nak senang contact.. Syok giler !
Setiap masa juga kami akan mengadakan rollcall. Pukul 7.30pagi, 11pagi, 2.30 tgh hari dan 8 malam. malas lah jugak nak datang rollcall. haha
|
Ke semua sukarelawan rollcall bersama-sama untuk mengambil kehadiran |
MRSM yang pertama tiba dimaktab ialah MRSM Gemencheh. Lepas tu baru MRSM dari Sabah dan sarawak. Jadi yang kena jemput diaorang maktab kami kerana maktab kami hampir denagn airport. Pagi-pagi lagi sudah nampak MRSM Tawau. Time tu 7hb julai. AWAL nyer ! Hari tu saya ditugaskan sebagai Pengurusan dewan. Jadi terpaks lah kemas2 dewan. Dah lah besar! Kami susun kerusi ikut zon, zon barat, timur, utara dan selatan. Letih betul !
Keesokan hari nya bermula lah hari yang ditunggu-tunggu kan. Yeah ! MINGGU BAHASA ! Banyak lah bas maktab yang berada di perkarangan maktab. Pada mulanya kami terpaksa berada di kawasan blok akademik tapi bila macam tak ade ape2 pun jadi terpaksa lah turun ke kawasan asrama kerana bantuan lebih diperlukan. Time tu lah best !! Angkat2 beg.. bawak peserta ke bilik.. borak-borak..mengeratkan silturrahim lagi!!
|
Peserta mengambil pendaftaran |
|
Pemain kompang menyambut kedatangan peserta |
|
Bas MRSM Terendak memasuki perkarangan maktab |
|
Bas MRSM Kepala Batas |
|
Bas MRSM Tun Abdul Razak, Pekan |
|
|
Roger ! |
|
|
Saya juga seorang usher untuk Debat BM. YDP-Dewan dan time keeper pula Form4. Best jadi usher ! Bawa peserta ke tempat debat. Tapi tak best sebab tempat debat kami berada di makmal fizik III. Lagi pun terpaksa tahan duduk atas bangku.
|
Peserta Debat BI MRSM KKB yang sedang berdebat |
|
Peserta Debat BM MRSM KKB |
|
Debat BM berlangsung |
|
Peserta debat BI MRSM KKB yang menjadi government. |
|
|
Candidad saya bersama rakan saya |
Waktu debat bosan betul ! Tak tahan ! Nak je keluar ! Pndang kiri, pandang kanan. Macam mana nak lari ea..? hurm... Pergi tandas? Pegi tandas je lah.. Basuh muka.. OK? OK ! Lepas tu saya saja lalu tepi kelas 5 Cemerlang nak tengok siapa berdebat. Saja2 jerr .. hihihi.. ( duduk kat tempat debat sendiri tak nak pulak).
|
Para peserta dan sukarelawan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu dari kiri Nazir, Hatim, Elia, Hisyam, Atiqa dan Saya |
|
Semasa majlis penutup Minggu Bahasa adalah saat2 paling sedih. Kami terpaksa berpisah dengan rakan2 yang baru kenali dan menjalani hari persekolahan seperti biasa. Pertemuan saya dengan seorang rakan baru dari MRSM Beseri ialah paling bermakna buat saya. Farewell...
|
Kami mengambil kesempatan bergambar bersama peserta MRSM Berseri |
Comments