Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hye peeps. Alhamdulillah, sudah 4 tahun saya bekerja sebagai Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semenjak 10 Februari 2020. Hari ini, 1 Ogos 2024 akhirnya saya menaip semula untuk blog saya yang menyepi setelah sekian lamanya. *tiup habuk*. Dari PRP bertugas di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) selama 1 tahun 4 bulan (dari 10/2/2020 - 13/6/2021), kemudian khidmat wajib di KK Serendah, PKD Hulu Selangor selama 2 tahun 6 bulan (dari 14/6/21-17/12/2023), seterusnya lantikan tetap ke KK Kulai Besar, PKD Kulai, Johor selama 7 bulan setakat ini (dari 18/12/24 - kini). Jadi kalau kira secara keseluruhan sudah berkhidmat dalam kerajaan sebagai Pegawai Farmasi 4 thaun 5 bulan lah. Macam tu lah ceritanya. Banyak benda nak kongsi tapi mungkin tak dapat kongsi semua lah. Sebab buat masa ni saya cerita yang awal-awal dulu lah iaitu PRP di HKKB. Saya andaikan pembaca saya merupakan pelajar farmasi atau yang berminat untuk jadi pharmacist-